Sejuta Rakyat Indonesia Disasarkan Terima Suntikan Dalam Sehari

Dunia

Sejuta Rakyat Indonesia Disasarkan Terima Suntikan Dalam Sehari

Joko Widodo selaku Presiden Indonesia telah mengarahkan pihak berkuasa untuk mempercepat program vaksinasi di negara tersebut susulan menerima amaran daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang keperluan untuk meningkatkan sekatan sosial di negara tersebut, lapor Harian Metro.

Menurutnya, proses vaksinasi perlu dipercepatkan untuk mencapai imuniti kelompok yang diharapkan demi mengekang wabak Covid-19. Beliau juga telah mengarahkan menteri kabinet dan kerajaan tempatan untuk meningkatkan jumlah penerima vaksin dengan lebih ramai lagi dalam sehari iaitu sejuta orang menjelang bulan depan.

Advertisement

Setakat ini, Indonesia telah menjalankan proses vaksinasi kepada 500,000 individu setiap hari. Indonesia yang merupakan negara keempat terbesar di dunia yang memliki jumlah penduduk yang banyak mensasarkan untuk memberi vaksin kepada 181 juta daripada 270 juta rakyatnya pada Mac tahun depan, namun hanya 11.8 juta individu sahaja yang mendapat dos penuh dan 9.6 juta lagi mendapat sebahagian saja.

Menerusi jurucakap pasukan petugas Covid-19 kebangsaan, Wiku Adisasmito, proses vaksinasi dilaporkan perlahan kerana vaksin yang terhad dan kurang persediaan sistem kesihatan serta keraguan masyarakat terhadap vaksin. Walau bagaimanapun, Indonesia sudah menerima 92.2 juta dos vaksin setakat ini.

Dilaporkan beberapa hari lalu Indonesia menerima 12,624 jangkitan baru direkodkan dan ianya merupakan peningkatan terbesar sejak akhir Januari. Hal ini dipercayai berpunca daripada pergerakan masyarakat sempena cuti Aidilfitri dan kemunculan varian baru versi Delta yang pertama kali dikenal pasti di India.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...