Hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam yang telah berjaya dijejaki oleh Badan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menjadi tumpuan utama dalam kejayaan menumpaskan sindiket haram itu adalah apabila beberapa artis Malaysia turut terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Dalam kata mudah, individu yang tidak bertangunggjawab ini telah menggunakan nama-nama artis popular ini untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram dengan membuka pelbagai perniagaan yang sah di mata masyarakat awam.
Kini, dilaporkan bahawa pihak SPRM telah menyita hampir 23 buah kereta mewah antaranya yang berjenama Bentley, Ford Mustang, Ferrari, Porsche dan banyak lagi menerusi penahanan beberapa individu yang terlibat dalam aktiviti itu.
Namun perkara itu mula menjadi tular apabila ada netizen telah mendedahkan beberapa buah kereta yang disita badan berkuasa itu rupa-rupanya milik pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya, penyanyi Siti Sarah.
Shuib sebelum ini telah dipanggil untuk membantu siasatan berikutan kes Macau Scam tersebut.
Jika diperhatikan, kenderaan yang disita itu benar-benar mirip kereta milik pasangan itu kerana dia pernah memuat naik foto kereta mewah tersebut di ruangan Instagram tidak lama dahulu.
Ketika meninjau ruangan media sosial pelawak itu, netizen telah berduyun-duyun meninggalkan komen untuk kepastian sama ada benarkah kereta yang disita itu milik selebriti berkenaan.
Mengimbas kembali, Shuib dilaporkan telah dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan kes penggubahan wang haram atau lebih dikenali sebagai Macau Scam.