“Sejuk Hati Tengok” – Tak Semua Artis ‘Gila Glamor’, Lisa Surihani Idola Terbaik Kejar Akhirat

Hiburan

“Sejuk Hati Tengok” – Tak Semua Artis ‘Gila Glamor’, Lisa Surihani Idola Terbaik Kejar Akhirat

Di saat media hiburan tempatan dipenuhi dengan cerita kontroversi artis dan juga usahawan selebriti yang menjengkelkan, namun pelakon jelita Datin Lisa Surihani ternyata boleh dijadikan idola kerana peribadinya yang tenang dan bebas gosip.

Di sebalik cerita tayang punggung, gelek tak ingat dunia serta lakonan kayu sesetengah artis, Lisa nampaknya terus maju dan fokus untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Advertisement

Isteri kepada penyanyi dan pengarah Yusry KRU itu baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia dilihat menyertai majlis keagamaan di rumah rakan selebriti, Linda Rafar sekitar hujung minggu yang lalu.

Difahamkan, Lisa menghadiri sebuah majlis dakwah yang dikendalikan oleh Ustaz Wadi Annuar di mana ia turut menghimpunkan selebriti yang lain bagi mendengar tazkirah dan perkongsian ilmu agama.

Antara artis lain yang turut dilihat hadir adalah seperti Erra Fazira, Neelofa, Izara Aishah, Diana Amir, Kilafairy dan ramai lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memanjatkan kesyukuran apabila melihat Lisa tidak pernah jemu mengejar ilmu dan aktif menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Netizen juga mendoakan agar Lisa Surihani dan selebriti yang hadir untuk terus kekal istiqamah dan jauh daripada kontroversi murahan supaya dapat menjadi contoh buat peminat di luar sana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

keluarga yusry dan lisa surihani
3 years ago

"Masha-Allah, Lelaki Yang Kacak" - Cukup Sebulan, Lisa Surihani Kongsi Wajah Anak Ketiga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...