Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai dugaan ataupun perjalanan yang berbeza dalam rumah tangga mereka. Begitu juga dengan pelakon Wawa Zainal yang mengakui beliau baharu sahaja merasai apa itu nikmat rumah tangga yang harmoni sejak setahun yang lalu meskipun mereka sudah 7 tahun bergelar suami isteri.
Kata Wawa, dahulu beliau bersikap tidak matang dan selalu mencari pasal dengan Aeril, namun kini beliau kini lebih bertolak ansur serta mula belajar menghargai hubugannya bersama suami tercinta dan akhirnya mengecapi kebahagiaan.
Kalau dulu ada juga bergaduh sebab saya asyik cari pasal je. Mujur Aeril banyak bersabar dengan perangai ‘harimau’ saya tetapi pada masa sama saya belajar untuk menghargai dan tidak lagi menjadi harimau jadian. Rezeki murah gila bila rumah tangga harmoni. Terus terang saya menyesal dulu selalu cari pasal dengan dia.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar, 5, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.