“Sejujurnya Saya Pun Tak Tahu..” – Lama Tiada ‘Update’ Tentang Ameena, Shakilla Khoriri Menjawab Soalan Orang Ramai

Hiburan

“Sejujurnya Saya Pun Tak Tahu..” – Lama Tiada ‘Update’ Tentang Ameena, Shakilla Khoriri Menjawab Soalan Orang Ramai

Baru-baru ini, aktres popular, Shakilla Khoriri menerima banyak soalan yang berkaitan dengan keberadaan anaknya, Ameena Sofia setelah lama tiada update tentang anaknya itu yang dikongsikan di media sosial.

Anak sedang dijaga bekas suami

Menjawab kepada persoalan itu, Shakilla berkata anaknya itu sekarang berada di bawah penjagaan bekas suaminya iaitu penyampai radio, Fizi Ali. Tambahnya pula, dia sendiri juga hanya mengetahui perkembangan tentang anaknya itu melalui hantaran Fizi di media sosial.

Advertisement

Ramai yang tanya kenapa Umi (Shakilla) tak ada update apa-apa fasal Ameena. Ameena okay ke? Sejujurnya Umi pun tak tahu Ameena okay ke tak.

 

Sebab Ameena masih dengan Daddy dia sejak Jumaat. Sepatutnya semalam Ameena dah balik tapi Umi kasi peluang lama dengan Daddy sampai Jumaat ini.

 

So bila kalian semua tanya Umi, jawapan Umi adalah, entah. Umi pun tengok update fasal Ameena dekat Instagram Daddy dia je. Selain dari tu, Umi tak tahu sebab tak ada update pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Pandai menjaga anak

Pada masa yang sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mendedahkan dia percaya bekas suaminya itu mampu menjaga anak mereka dengan baik dan menjalani hidup masing-masing dengan harmoni.

Shakilla turut minta didoakan agar mereka bertiga dapat mengekalkan hubungan yang baik demi Ameena.

Harapnya Ameena okay dan sekolah macam biasa. InsyaAllah. Umi percaya Daddy Ameena jaga Ameena the best!

 

Harapnya Ameena dan Daddy have a great time together. InsyaAllah. Doa yang baik-baik untuk perjalanan kami bertiga dengan kehidupan masing-masing yang lebih baik dan harmoni terutamanya untuk anak kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Terdahulu, Shakilla telah membenarkan bekas suaminya itu untuk berjumpa dengan anak mereka selama empat hari bermula pada 1 Mac atas persetujuan kedua belah pihak semasa menghadiri pembicaraan di mahkamah.

fizi
10 months ago

"Ada Yang Cakap Daddy Terpaling Bapak.." - Tak Peduli Dituduh Rebut Anak, Fizi Ali Titip Ucapan Menyayat Hati Untuk Ameena

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...