Penyanyi Haqiem Rusli sedar dirinya kini dilanda kontroversi membabitkan isteri tersayang, Anis Sofea yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab pada Aidilfitri yang lalu.
Namun begitu, dia menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kontroversi tersebut telah memberi kesan terhadap sambutan lagu terbarunya yang berjudul Di Sebalik Rahsia.
Ujar Haqiem, bukan mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu karya itu bakal mendapat sambutan atau tidak.
Secara jujurnya single terbaharu saya berjudul Di Sebalik Rahsia kurang mendapat sambutan. Namun apa yang penting saya terus berkarya dan tidak berputus asa.
Sekurangnya anda teruskan memberi sokongan terhadap kerjaya seni saya. Bagi saya tidak ada sebarang kaitan kerana kehidupan peribadi dan kerjaya saya adalah dua perkara berbeza.
Tambahnya lagi, dia tidak akan berputus asa untuk menghasilkan karya muzik terbaharu di masa hadapan kerana ia adalah lumrah sebagai seorang anak seni.
Terdahulu, bukan sahaja isu buka tudung oleh isterinya menjadi tumpuan, tetapi muncul pula desas-desus yang mengatakan pasangan itu mengalami keretakan rumah tangga kerana Haqiem jarang berkongsi mengenai isterinya di laman sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.