“Sejujurnya Saya Dah Tak Nak Balik Ke..” – Shila Amzah

Hiburan

“Sejujurnya Saya Dah Tak Nak Balik Ke..” – Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah menyifatkan tahun 2016 sebagai antara fasa paling menyedihkan dalam hidupnya ketika menetap di Hong Kong.

Menerusi satu perkongsian di Threads, pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah itu turut menyertai trend tular di media sosial yang mengimbas kembali kenangan sekitar tahun 2016.

Advertisement

Menurut pelantun lagu Memori Tercipta itu, dia tidak mahu kembali ke tahun berkenaan kerana perjalanan hidup yang dilaluinya ketika itu bukan sesuatu yang mudah.

“2016, sejujurnya saya tidak mahu kembali ke waktu itu. Ketika itu saya tinggal di Hong kong, dalam keadaan yang sangat menyedihkan.”

Bagaimanapun, Shila meluahkan rasa syukur kerana pengalaman tersebut banyak membentuk dirinya menjadi seorang yang lebih kuat dalam menghadapi ujian kehidupan.

“10 tahun kemudian, ia ternyata satu nikmat yang besar. Saya kini lebih sihat dari segi mental dan fizikal. Saya suka kehidupan yang sekarang.”

“Namun, perkara yang saya ingin katakan pada diri saya untuk tahun 2016 adalah saya bangga dengan diri sendiri kerana kuat untuk lalui semuanya,” ujarnya.

Perkongsian jujur itu mendapat perhatian ramai peminat yang rata-ratanya menzahirkan sokongan serta memuji kecekalan Shila dalam melalui fasa sukar sebelum mencapai ketenangan dan kebahagiaan seperti hari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan Ahamad
2026-01-19 09:13:26

'Haters' Mengharapkan Kekalahan Di GV, Nubhan Ahamad Respon - "Dapat Nombor 3 GV Bukan 'Padan Muka'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...