Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sejujurnya Rasa Tak Layak Menang, Tapi Ini Yang Peminat Nak – Mira Filzah

mira filzah bintang paling popular

Umum mengetahui pelakon cantik manis, Mira Filzah menang besar di ABPBH 32 dan berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian apabila meraih lebih daripada 6.3 juta undi.

mira filzah

Advertisement

Menurutnya, kemenangan itu bukanlah alasan untuk dia terus merasa selesa dan hanya goyang kaki sahaja. Sebaliknya, Mira harus terus majukan diri, memperbaiki kelemahan dan memberikan yang terbaik selepas ini. Sejujurnya Mira akui dia tidak layak untuk menang tetapi percaya ini yang peminat mahukan.

Alhamdulillah, saya percaya rezeki itu datangnya pada Tuhan dan juga usaha kita. Anugerah atau kemenangan seperti ini bukanlah satu alasan untuk kita lebih relaks atau goyang kaki.

mira filzah anugerah bintang paling popular abpbh 32

Sebenarnya secara jujurnya saya rasa tak layak tapi disebabkan ini adalah undian, saya percaya ini yang peminat saya nak.

Bagi saya bila dah menang ni, rasanya seperti tanggungjawab untuk berikan yang terbaik dan perbaiki supaya orang boleh rasa berbaloi kemenangan itu. Kalau boleh saya nak orang nampak bakat saya, dan biarlah kemenangan itu selari dengan bakat.

mira filzahTerdahulu, Mira bukan sahaja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, dia juga berjaya merangkul tiga anugerah lain iaitu Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi TV Popular bersama Remy Ishak menerusi drama Pujaan Hati Kanda.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 Comments

  1. Fans mf

    September 26, 2019 at 7:23 pm

    Kau diam je anak haram..semak btul

  2. vicky

    September 26, 2019 at 9:22 am

    Layak je mira ni menang. Teruskan kecemerlangan ye. Mira ni full package. Cantik, educated, berbakat. I think u r Malaysian Sweetheart No. 2 after Dato’ CT.

    • Anonymous

      September 26, 2019 at 1:48 pm

      eww no. not me

  3. you

    September 26, 2019 at 8:54 am

    ya…engko memang x layak pun….yg mengundi engko semua bangang2..

  4. kelantit

    September 26, 2019 at 8:07 am

    banyak cakap saja si gedik ni

  5. Anonymous

    September 25, 2019 at 9:14 pm

    prefer mira filzah menang… that’s it..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top