“Sejujurnya Memang Sedih..” – Aliff Hadi Dah Putus Cinta Dengan Yasmin Hani, Kini Dalam Fasa ‘Healing’

Hiburan

“Sejujurnya Memang Sedih..” – Aliff Hadi Dah Putus Cinta Dengan Yasmin Hani, Kini Dalam Fasa ‘Healing’

Pelakon Alif Hadi memaklumkan hubungan cintanya bersama aktres Yasmin Hani telah pun berakhir sekitar bulan Ogos yang lalu.

Ujar Alif yang ditemui media, dia enggan berkongsi secara terperinci mengenai punca perpisahan mereka sebaliknya hanya menganggap ia sebagai ketentuan jodoh.

Advertisement

Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos. Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab perkara ini bukan hal yang elok untuk diuar-uarkan.

Jelasnya lagi, perpisahan itu adalah keputusan bersama dengan Yasmin dan hubungan antara mereka berdua juga masih kekal baik sehingga kini.

Perpisahan ini keputusan bersama. Hubungan saya dengan Yasmin masih baik. Tak bergaduh pun. Kalau tiada jodoh sekali pun, buat apa nak bermasam muka atau bermusuh.

Mengakui dirinya berasa sedih selepas berpisah dengan Yasmin, Alif berkata dia tidak boleh membuang masa dan perlu ‘move on’ dari masa silam.

Ketika ini lebih kurang fasa ‘healing’, saya memang teruskan hidup macam biasa. Pada awalnya memang rasa sangat sedih tetapi saya beri fokus utama pada diri sendiri dan kerja yang setakat ini tak berhenti.

Sekadar info, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama Sha’arin pada tahun 2015 sebelum berpisah setelah 10 tahun berkahwin.

Perkahwinan Yasmin diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata lelaki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jofliam tegur cik epal hormat diri ketika iddah
2 months ago

"Awak Cakap Dewi Tak Jaga Hati Awak.." - Jofliam 'Sound' Cik Epal, Suruh Jaga Maruah Dan Taat Dalam Tempoh Iddah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...