Baru-baru ini, gerak mahasiswa telah mempersoalkan keseriusan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selepas didakwa menunggu hampir dua jam untuk menyerahkan momerandum berkaitan isu Allahyarham Zara Qairina.
Fadhlina ‘sidai’ mahasiswa nak serah memorandum kes Zara
Hamdin Nordin iaitu wakil Gerakan Mahasiswa untuk Sekretariat Solidariti Zara berkata pada mulanya mereka dimaklumkan bahawa Fadhlina akan hadir jam 11 pagi di luar perkarangan Bangunan Parlimen untuk terima memorandum tersebut.
Tetapi sewaktu ditemubual oleh pihak Majoriti, dia memaklumkan sehingga jam 1 tengahari mereka ‘disidai’, malah tiada kelibat Menteri tersebut.
“Sejauh mana keseriusan YB dalam menangani isu ini..”
Sudah semestinya perkara tersebut mendatangkan rasa kecewa dalam kalangan mahasiswa kerana ia seakan-akan memberi gambaran isu yang dibawa tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.
Kami melihat dua perkara, pertama jelas kami kecewa kerana dibiarkan menunggu hampir dua jam, dan kedua, ia menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana keseriusan pihak kementerian dalam menangani isu ini.