Pelakon, Pablo Amirul tampil memberikan respon terhadap dakwaan netizen yang mendakwa dirinya mempunyai seorang anak perempuan, malah remaja itu dikatakan pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pempengaruh beberapa bulan lalu.
Tidak cepat melatah, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri memilih untuk tidak mengiyakan mahupun menafikan perkara tersebut. Namun, dia mengakui mengenali remaja terbabit serta ibunya.
Sejauh mana anda pasti itu anak saya? Sejauh mana kepastian itu? Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak. Saya kenal siapa ibu dan anak itu. Kalau saya sudah berkahwin, tidak susah pun untuk anda mencari. Hanya petik nama, sudah boleh jumpa.
Tetapi ada sensitiviti yang perlu kita jaga di sini. Saya lebih selesa biarkan perkara ini dalam lingkungan saya sahaja buat masa ini. Kerana kes masih berjalan dan tiada gunanya saya memberi kenyataan. Ia hanya akan mengganggu kelancaran prosesnya nanti.
Pablo berkata demikian ketika ditemui di acara Polis Evo Wonda-Ful 10 Years sempena ulang tahun ke-10 francais filem itu di TGV Suria KLCC pada Rabu.
Mengakui ada menghubungi keluarga mangsa, Pablo berkata dirinya tidak terganggu dengan pelbagai tuduhan yang melabelkannya sebagai bapa kepada remaja berkenaan.
Kalau saya terganggu, rasanya sejak hari pertama isu ini keluar, anda sudah lihat kenyataan saya. Tetapi pendekatan saya adalah berdiam diri, fokus kepada kerja saya.
Dalam pada itu, Pablo sempat menitipkan pesanan kepada pempengaruh dan selebriti agar tidak mudah terbuai dengan godaan apabila nama semakin dikenali.
Kalau benar bernafsu sangat, bayarlah untuk perkhidmatan itu, anda faham maksud saya. Peringatan kepada influencer atau selebriti, semakin naik populariti, semakin mencabar.
Terdahulu, Malaysia dikejutkan dengan kes gangguan seksual membabitkan seorang pempengaruh yang menghantar mesej serta gambar tidak senonoh kepada seorang remaja bawah umur.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.