Sejarah Terbesar Dalam Malaysia, 16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas JKDM

Kehidupan

Sejarah Terbesar Dalam Malaysia, 16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas JKDM

Facebook rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkongsi posting bahawa pihak JKDM berjaya menumpaskan sindiket kartel pengedaran dadah antarabangsa.

Ia melibatkan penyeludupan pil captagon yang mengandungi dadah jenis Amphetamine seberat 16 tan bernilai kira-kira RM5.2 bilion sekaligus menjadi rampasan dadah terbesar dalam sejarah negara.

Advertisement

Hasil kerjasama Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat, JKDM, kartel dadah berkenaan berjaya ditumpaskan melalui perkongsian maklumat perisikan bersama Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Astro Awani, beberapa kontena dilaporkan tiba dari sebuah negara Timur Tengah dan berlabuh seketika di Pelabuhan Klang, Selangor yang menjadikan Malaysia sebagai transit sementara sebelum dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.

dadah 16 tan dirampas

“Susulan maklumat perisikan yang kami terima itu, sepasukan anggota kastam Cawangan Narkotik JKDM diarahkan untuk menyita tiga kontena di Pelabuhan Klang pada sekitar jam 4 petang, 15 Mac lalu”.

Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata demikian menerusi sidang media.

Tiga kontena yang diperiksa mengandungi tayar troli yang dipercayai digunakan untuk menyeludup dadah bagi mengaburi mata pihak kastam namun ianya tidak berkesan apabila tindakan itu dapat dihidu pihak berkuasa.

“Hasil pembongkaran telah berjaya merungkaikan anggaran sebanyak 94.8 juta biji pil captagon seberat 16 tan dipercayai mengandungi dadah jenis Amphetamine bernilai RM5.2 juta. Dadah tersebut disorokkan dan dimasukkan kedalam tayar troli”.

dadah 16 tan dirampas

“Rampasan dadah RM5.2 bilion pada tahun ini merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah direkodkan oleh JKDM setakat ini. Ia sekaligus merupakan satu kejayaan terbesar pihak kastam dalam memerangi kartel dadah antarabangsa”.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...