Sejarah Ringkas Pertembungan Politik Di Dalam Hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim Dan Tun Dr Mahathir

Trending

Sejarah Ringkas Pertembungan Politik Di Dalam Hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim Dan Tun Dr Mahathir

Desas desus mengenai calon Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 masih lagi menjadi bualan setiap rakyat Malaysia. Sejak pengumuman perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia kini masih lagi belum mempunyai Perdana Menteri untuk sementara waktu ini (hanya ada Perdana Menteri Interim).

Namun, semuanya bakal ditentukan di dalam sidang Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada 2 Mac ini bagi mendapatkan calon majoriti pilihan Ahli Parlimen. Tetapi sekiranya tiada calon majoriti, maka Malaysia bakal menyaksikan pemilihan Perdana Menteri dilakukan menerusi pilihan raya.

Advertisement

Baca: Pilihan Raya Bakal Diadakan Jika Tiada Sokongan Majoriti Dalam Sidang Dewan Rakyat Pada 2 Mac Ini

Antara calon-calon Perdana Menteri yang menjadi sebutan kini pastinya dua tokoh politik tanah air ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagi generasi muda kini, mungkin tidak berapa mengenali hubungan diantara dua tokoh yang cukup berpengaruh dalam arena politik. Di sini kami kongsikan serba sedikit kronologi ringkas hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir.

1982

anwar ibrahim tun m

DS Anwar merupakan pengasas dan presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Perjuangan ABIM lebih kepada sesuatu berlandaskan Islam oleh itu keputusan beliau menyertai UMNO mengejutkan ramai pihak.

Ramai yang menyangka beliau akan menyertai PAS namun pada tahun ini, DS Anwar mula menyertai parti pimpinan Mahathir, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejurus selepas Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri buat pertama kalinya.

1993

Sebaik saja menyertai UMNO, DS Anwar mula bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun pertamanya dan menyandang jawatan tersebut. Beliau kemudian memegang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983, Kementerian Pertanian pada tahun 1984 sebelum dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1986.

Dalam masa empat tahun sahaja, beliau berjaya menyandang jawatan-jawatan penting di dalam kabinet Malaysia. Seterusnya, DS Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam perancangan untuk menggantikan Mahathir. Pelantikannya itu menjadi bualan ramai bukan saja di Malaysia malah luar negara.

anwar ibrahim

anwar ibrahim

1998

Namun, Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997/1998 mengubah segala-galanya. Keadaan sedikit berubah di mana berlaku perselisihan antara kedua-dua tokoh itu dalam krisis kewangan Asia yang menyebabkan DS Anwar dipecat.

anwar ibrahim

DS Anwar yang merupakan Menteri Kewangan pada waktu itu mempunyai pandangan berbeza dengan Tun Dr Mahathir dalam menangani krisis kewangan itu. Perbezaan pendapat diantara kedua tokoh ini juga mendorong Tun Dr Mahathir menubuhkan majlis ekonomi tanpa Menteri Kewangan di dalamnya.

Walaupun dipecat, DS Anwar mendapat sokongan sebahagian besar masyarakat Melayu beragama Islam yang menyebabkan tertubuhnya gerakan Reformasi dan Parti Keadlian Rakyat (PKR).

1999

reformasi anwar

DS Anwar memulakan gerakan Reformasi dan membantah pemecatannya itu serta menentang kerajaan. Beliau mengetuai puluhan ribu yang lain meminta Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan. Pada masa yang sama, DS Anwar dipenjarakan selepas disabit atas kesalahan rasuah dan liwat, tuduhan yang dipercayai bermotifkan politik.

2003

Pada 2003, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang kemudian digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Empat tahun selepas pembebasannya iaitu pada tahun 2008, DS Anwar sekali lagi menghadapi tuduhan liwat.

kes liwat anwar ibrahim

Tuduhan ini didakwa sebagai satu helah untuk menyingkirkannya daripada kedudukannya sebagai ketua pembangkang pada ketika itu. Ini kerana pada waktu itu, dia bersaing rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, seorang lagi anak didik Mahathir.

2015

Pada 2015, di bawah pemerintahan Najib, Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat untuk kali kedua.

2016, 2017

Selepas mendesak Datuk Seri Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan skandal rasuah, Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO. Bermula daripada situ, beliau kemudian membentuk parti baru iaitu Bersatu sebelum menyertai Pakatan Harapan bersama-sama DS Anwar.

Tun Dr Mahathir juga berjanji untuk mendapatkan pengampunan diraja untuk DS Anwar dan akan menyerahkan tampuk pimpinan kepadanya sekiranya pakatan berkenaan berjaya menyingkirkan Datuk Seri Najib dan menjatuhkan UMNO.

2018

tun mahathir

Waktu bersejarah di dalam politik Malaysia apabila Tun Dr Mahathir yang mengetuai pakatan pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), mengakhiri rejim UMNO selama 60 tahun. Dalam tempoh seminggu, DS Anwar berjaya mendapat pengampunan diraja dan dibebaskan.

2019

DS Anwar sekali lagi menghadapi tuduhan berunsur seksual, namun beliau menyifatkan ianya sebagai ‘dakwaan politik paling teruk’. Kes berkenaan kemudian digugurkan kerana kekurangan bukti. Pada tahun ini juga, Tun Dr Mahathir dikatakan menerima tekanan daripada penyokong DS Anwar dalam pakatan yang memintanya menentukan tarikh penyerahan kuasa.

anwar ibrahim

Pada 24 Februari 2020, Malaysia dikejutkan dengan pengumuman perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya. Sejak pengumuman itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara nama-nama yang disebutkan bagi menggantikan jawatan itu.

Adakah kini Malaysia bakal menyaksikan DS Anwar menyandang jawatan Perdana Menteri?

Artikel berkaitan: (TERKINI) Tun Dr Mahathir Mohamad Letak Jawatan Perdana Menteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...