“Sejam Dia Memekik!” – Pelanggan Lain Berang Ibu Bapa Buat Tak Peduli Anak Menjerit-Jerit Dalam Restoran

Kehidupan

“Sejam Dia Memekik!” – Pelanggan Lain Berang Ibu Bapa Buat Tak Peduli Anak Menjerit-Jerit Dalam Restoran

Isu mengenai anak membuat bising di premis makanan sering kali menjadi perdebatan masyarakat. Ada yang berpendapat jika mahu makan dalam keadaan senyap, mereka tidak perlu makan di restoran. Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga merasakan ibu bapa bertanggungjawab untuk mengawal anak mereka.

Terbaru, tular video di TikTok memaparkan luahan seorang pelanggan di sebuah restoran yang tidak berpuas hati dengan pasangan ibu bapa kerana membiarkan anak mereka menjerit selama satu jam.

Advertisement

Melalui video tersebut, jelas suara kanak-kanak tersebut menjerit hingga ke akhir video individu terbabit, namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh ibu bapa budak itu.

Individu tersebut berkata pelanggan lain juga berasa menyampah apabila pasangan tersebut seakan tidak mengambil peduli apabila anak mereka menjerit.

Katanya lagi, dia bukan mahukan suasana yang sunyi sepi tetapi perlulah berpada-pada jika mahu membiarkan anak menjerit di tempat awam.

Bahkan dapat dilihat, pasangan tersebut masih boleh berborak seperti biasa tanpa mengambil peduli tentang ketenteraman pelanggan lain di restoran itu.

2 years ago

"Menjerit & Tidak Terkawal" - Restoran Dikecam Kenakan Caj Tambahan RM30 Jika Anak Buat Bising

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...