“Sejak Paras Air Naik, Saya Pergi Sana Setiap Hari” – Individu Sanggup Redah Banjir Demi Pastikan Kucing Cukup Makan

Kehidupan

“Sejak Paras Air Naik, Saya Pergi Sana Setiap Hari” – Individu Sanggup Redah Banjir Demi Pastikan Kucing Cukup Makan

Seorang lelaki sanggup meredah banjir sejauh 300 meter dengan ketinggian paras air melebihi satu meter bagi memastikan 400 ekor kucing yang terperangkap di pusat perlindungan di Tok Uban selamat dan mendapat makanan.

Memetik dari NST, pengasas rumah perlindungan tersebut, Khairul Nizam Mohd Arifin berkata paras air mula naik Selasa yang lalu.

Advertisement

Pengasas itu terpaksa memindahkan sebanyak 200 ekor kucing ke atap siling dan memindahkan selebihnya ke bangunan terbiar bersebelahan apabila air banjir di kawasan tersebut meningkat dengan cepat sehingga ketinggian menghampiri satu meter.

Sejak paras air mula naik, saya pergi ke sana setiap hari. Memandangkan kami tidak mempunyai bot, saya terpaksa berenang sejauh 300 meter untuk memberi makan kepada kucing dan pulang ke rumah pada waktu petang.

pusat perlindungan kucing tok uban

Selepas tiga hari, ada seorang individu yang baik hati memberikan saya sebuah bot untuk digunakan untuk sampai ke tempat perlindungan kucing.

Dia turut memberitahu dia membuka sedikit bumbung bagi memastikan kucing itu dapat melarikan diri sekiranya paras air terus meningkat.

buka siling untuk kucing

Setiap hari, saya menempuh perjalanan sejauh 20km dari rumah di Kampung Gaung ke pusat perlindungan kucing bagi memastikan semua kucing selamat.

Sekadar info tambahan, negeri Kelantan terus merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi, namun situasi bencana itu di tiga negeri membabitkan Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor mencatat penurunan mangsa, setakat jam 8 malam semalam.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

1 month ago

Banjir Terengganu: Pemuda Ikat Tiga Tong Dram Besi Bawah Katil Untuk Keselesaan Bapa Terlantar Sakit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...