“Sejak Nampak Kesan Doa Orang Teraniaya Dimakbulkan, Saya Benar-Benar Insaf”

Trending

“Sejak Nampak Kesan Doa Orang Teraniaya Dimakbulkan, Saya Benar-Benar Insaf”

Just nak share satu benda yang saya pernah alami. Dulu satu ketika, saya suka sangat menyumpah orang yang buat salah dan aniaya saya.

Advertisement

Sumpah orang itu, sumpah orang itu dan jadikan doa saya itu doa dari insan teraniaya. Saya minta dengan Allah untuk beri balasan pada mereka.

Memang betul terjadi. Bisnes orang yang selalu sumpah saya lingkup, akhirnya dia yang lingkup. Orang yang hebat sangat berkumpul mengutuk saya, akhirnya sesama mereka sendiri bergaduh.

Sampailah satu masa, perkara ini terjadi pada orang-orang yang saya sumpah sehingga menyebabkan saya benar-benar takut untuk meminta dengan Allah berikan balasan pada mereka yang menganiaya kami sekeluarga.

Yang pertama, saya sumpah pada seseorang yang fitnah saya dan anak-anak. Walhal banyak yang dia tipu tetapi diputar-belitkan fakta.

Saya dapat khabar dalam masa 3-4 bulan, seluruh keluarga dia asyik sakit-sakit, keluar masuk hospital. Suami dia kemalangan, selepas itu dia pula yang keluar masuk hospital.

Lagi seorang itu bekas staff lama saya, warga Indonesia (Islam) tetapi masuk buddha untuk berkahwin dengan Cina Malaysia.

Banyak duit yang dia bawa lari dan memfitnah saya sehingga membuatkan semua orang percaya dengan dia. Akhirnya satu hari, suami dia sendiri yang berpakat dengan polis untuk mengkap dia.

Selepas ditangkap, dia dikenakan hukuman penjara berbulan-bulan. Si suami ceraikan dia dan bawa lari semua anak-anaknya. Sekarang dengar khabar dia betul-betul merempat.

Sejak dari itu, saya benar-benar insaf. Saya dah tak berani nak menyumpah. Sebenarnya itu bukan jalan yang terbaik. Jangan jadikan alasan kita teraniaya untuk menyumpah orang. Biarlah Allah saja yang menentukan.

Ini kerana selepas kejadian itu, saya rasa tidak tenang. Buat bisnes pun sangkut-sangkut. Solat pun hati tak tenang, selalu berserabut.

Tetapi bila saya belajar dengan seorang pakar motivasi untuk maafkan semua orang, dengan redha saya pergi ke balai polis dan tarik semua laporan polis yang pernah dibuat sebelum ini.

Saya memohon maaf dan memaafkan semua orang. Tak kiralah luka besar mana pun di hati, sebesar mana pun kesalahan mereka, saya maafkan mereka di dunia dan akhirat. Saya minta dengan Allah agar beri kesedaran kepada mereka.

Sejak saya buat semua itu, saya dapat ketenangan dan segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah. Biar Allah buat kerja dia, siapalah kita untuk memohon bala untuk orang lain?

Satu pengajaran yang saya dapat, jangan jadikan alasan kita teraniaya untuk berdoa yang tak baik untuk orang lain walaupun Allah pernah menjanjikan doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan.

Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis. Semoga dapat memberi manfaat.

Kredit : Linda Rahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Yer aku

    March 31, 2017 at 11:40 am

    Yer aku pun sama, sampai satu tahap aku dah takleh sabar sbb dianiaya teruk oleh seseorang. Hari-hari aku nangis sampai la satu saat aku buat solat hajat. Dan si penganiaya dapat balasan sakit-sakit, bankrup, masalah bertimpa-timpa. Skrg aku sangat takut nak minta Allah lagi cam aku buat dulu sbb kesan kat org tu sangat2 teruk. Aku insaf dan lebih banyakkan bersabar bila orang fitnah aku secara terang-terangan di media sosial, buka aib aku tp aku taknak buat lagi ape yg aku dh buat dulu. Segalanya ku serah padaMu Ya Allah Maha Kaya Maha Adil Maha Mengetahui.

    Skrg ni aku berpegang pada “Ko katalah ape ko nak, ko burukkan aku di media sosial secara terang-terangan, ko mengumpat mengata lah aku, ko hina la aku tp aku tak kisah sbb aku ada ALLAH” Hanya Dia je yang mengetahui segalanya.