Hantaran seorang wanita yang telah melancong ke beberapa negara mengundang perhatian selepas dia berkongsi rasa syukur dengan kesejahteraan Malaysia.
Menerusi Threads, wanita tempatan itu melontarkan pendapat selepas kerap melancong ke luar negara, bahawa negara kita yang jauh lebih baik dalam pelbagai aspek.
Sejak kerap travelling overseas rasa tak sanggup nak kutuk negara sendiri. Harga minyak? Fasiliti pendidikan? Kesihatan? Ketamadunan? Kita jauh lebih baik daripada kebanyakan negara.
View on Threads
Hantaran tersebut meraih perhatian warganet di laman sosial itu dan ramai yang pernah melancong ke luar negara bersetuju dengan pendapat wanita berkenaan.
Setuju, org cakap Europe best sebab education free, tapi dia tak tau tax sana berapa.. 21-40% .. sebab tu la free.. Tapi gaji dorang memang sangat tinggi compare dengan kita.. Still sis rasa Malaysia tetap paling best,” kata seorang individu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.