Untuk info ramai, sejak coklat berinti krim pistachio dari Dubai menjadi pilihan ramai, ia menjadi penyebab berlakunya kekurangan pistachio di seluruh dunia.
Harga kacang pistachio meningkat secara drastik dalam masa setahun
Susulan menjadi perhatian sejak tahun 2023 selepas satu akaun di TikTok mencuba coklat terbabit hingga meraih 150 juta tontonan, permintaan untuk coklat berkenaan sekaligus menjadi ‘sasaran’ di seluruh dunia.
Menurut pedagang kekacang, Giles Hacking dari CG Hacking, dalam tempoh setahun, harga kacang pistachio meningkat secara ketara, daripada $7.65 kepada $10.30 (sekitar RM48) sekilogram.
Bekalan memang sudah terhad sejak musim tuaian yang lemah di AS. Bila jenama coklat dari Dubai ini beli secara besar-besaran, negara lain tak sempat nak dapat stok.
Perubahan berlaku selepas coklat Dubai tular
Kata Lembaga Iran Pistachio Association, Behrooz Agah pula, pasaran pistachio pada awal 2023 melebihi permintaan sehingga harta jatuh, namun disebabkan coklat Dubai tular, ia telah mengubah keadaan secara drastik.
Ramai mula hasilkan produk sampingan pistachio seperti mentega, pes dan minyak. Ia membuka pasaran baru, lebih-lebih lagi selepas coklat Dubai jadi rebutan di seluruh dunia.