Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita berasa berang apabila dirinya dihalau keluar dari premis kerana membawa anjing peliharaannya.
Staf Machines dipuji
Susulan video tersebut telah viral di serata platform media sosial, cara pekerja premis Machines mengawal situasi ‘kecoh’ itu dipuji netizen.
Syabas kepada kakitangan @MachinesAPR kerana dapat mengawal situasi. Anjing tidak dibenarkan untuk dibawa ke pasar raya, inikan pula Penjual Berdaftar (AAR).
pic.twitter.com/G1MfRgRQET— Xavier Naxa (@XavierNaxa) April 14, 2024
Walaupun sudah dimarahi, seorang staf lelaki yang tenang dan sabar mendengar luahan marah wanita itu meraih perhatian netizen.
Netizen kecam wanita degil
Meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa geram terhadap perangai wanita terbabit yang merasakan dirinya sama sekali tidak bersalah dalam situasi berkenaan.
Malah, netizen berkata jika wanita itu orang Malaysia, pasti dia sudah tahu tentang peraturan tidak membenarkan membawa haiwan peliharaan memasuki mana-mana pusat membeli-belah.