Sempat tular di media sosial apabila penyanyi terkemuka Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menukar nama akaun Instagramnya sebelum berkahwin dengan suaminya baru-baru ini. Katanya, keputusan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Sudah lama berniat ingin tukar
Menurut penyanyi ini, keputusan menukar nama dari @bclsinclair menjadi @itsmebcl itu sudah dipertimbangkan sejak lama lagi, malah sebelum dia mempunyai rancangan ingin mendirikan rumah tangga dengan Tiko Aryawardhana lagi.
Namun demikian, hal tersebut dilakukan bukan kerana dirinya sudah melupakan arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, tetapi memandangkan arwah tidak lagi bersamanya, BCL berfikir dia tidak boleh menggunakan nama itu selamanya.
Sebenarnya sejak Ashraf meninggal dunia saya rasa saya tidak boleh gunakan nama itu lagi, cuma tak menukarnya ketika itu kerana masih berkabung.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, sebelum keputusan itu dibuat, penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga mendedahkan dirinya sudah pun berbincang dengan keluarga arwah.
Meskipun penyanyi ini dikatakan telah berfikir untuk menukarnya sejak kehilangan arwah suaminya, BCL dengan rasmi menukar nama tersebut ketika hari pernikahannya bersama Tiko pada Disember lalu.