Abang Nara pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah Heliza Helmi akan mengakhiri zaman gadisnya. Ramai yang tak sabar untuk melihat jejaka manakah yang berjaya mencuri hati si comel ini. Dari dulu sampai sekarang, Heliza jarang digosipkan dengan mana-mana artis lelaki. Tup-tup baru ini, nama Hafiz Hamidun dikaitkan kembali dengannya Heliza selepas desas-desus Hafiz ingin melamar seorang penyanyi yang juga merupakan seorang penceramah bebas.
Terkejut dengan kaitan ini, Heliza Helmi hari ini menerusi Kosmo menjelaskan yang dia belum masih menerima sebarang lamaran perkahwinan daripada sesiapa pun, termasuklah Hafiz Hamidun. Kata Heliza:-
Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya saya bukanlah individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen. Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan kepada akhbar berkenaan.
Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula.
Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang besar memandangkan saya masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi saya, kalau benar hendak melamar seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam).
Daripada ayat Heliza di atas, nampak gaya macam Hafiz Hamidun ada harapan. Apa kata kalau benar-benar maksudkan Heliza sebagai gadis yang ingin dilamar, bawalah bertemu ibu dan ayah si gadis. Lagipun Abang Nara tengok Heliza dan Hafiz Hamidun memang “matching”. Kedua-duanya pun dah lama berkawan dan berkecimpung dalam bidang seni yang menjurus kepada dakwah. Memang cantik dan molek sangatlah. Bolehlah Hafiz membimbing Heliza bukan daripada segi kerjaya sahaja sekiranya benar-benar berkahwin kelak. Apa pula kata anda? Sesuai atau tidak pasangan ini?