Seharian Bersama Princess Arissa

Hiburan

Seharian Bersama Princess Arissa

Membesarkan seorang anak perempuan memang jauh bezanya dengan anak lelaki. Arissa memang sejak dari kecil telah menunjukkan ciri-ciri seorang wanita yang penuh keayuan, kelembutan dan kecomelan. Arissa memang suka main anak patung. Petang-petang di kala kebosanan, Arissa akan menyuap susu sambil menyebut “drink baby drink”. Di waktu malam pula Arissa akan membawa salah satu anak patungnya untuk tidur bersama.

astro disney princess

sekali sekala Arissa akan buat spot check status terkini anak-anak patungnya

Selain gilakan anak patung, Arissa juga suka apabila memakai baju baju yang cantik ala-ala princess ataupun kartun Disney kegemarannya. Arissa akan menari keseronokan apabila dipakaikan baju gaun dengan crown serta rantai besar di dada. Abang Nara rasa Arissa perasan dirinya adalah Elsa dari filem Frozen tak pun Cinderella. Imaginasi tinggi sungguh. Baru-baru nie kitoarang jadikan dia Minnie Mouse masa pergi bercuti di Hong Kong Disneyland. Comel sungguh!!!

Advertisement
astro princess

muka maintain garang. Hehehe

Jadi apabila Abang Nara mendapat jemputan menghadiri majlis “Dream Big Princess Academy” bersempena pelancaran Disney Kids Club, memang dah terbayang kecomelan Arissa memakai pakaian ala-ala puteri Disney. Untuk makluman, majlis ini diadakan bersempena pelancaran Disney Kids Club, sebuah program keahlian eksklusif, kolaborasi bersama Astro Circle untuk pelanggan saluran Disney (Astro CH 615) dan Disney Junior (Astro CH 613) dalam Pek Astro Kids. Abang Nara yang excited lebih nak melihat kemunculan Rapunzel, Cinderella dan juga Sofia The First. Selalu tengok dalam tv je. Hehehe.

astro circle

Dengan bersemangatnya Abang Nara memaksa wife tercinta menyiapkan Arissa untuk hari penuh bersejarah ini. Sampai-sampai je, tue dia punya ramai princess-princess comel sedang beratur untuk bergambar dengan Cinderella. Abang Nara pun apa lagi. Cinderella kot. Teruslah bawak Arissa bergambar sekali.

arissa

Sambil menunggu Cinderella bergambar bersama princess-princess lain, banyak aktiviti yang telah Abang Nara dan Arissa lakukan bersama-sama. Terasa semakin kukuh hubungan kami. Seronok juga rupanya main princess nie. Patut la bebudak pompuan semua suka.

arissa

Abang Nara dan Princess Arissa membut cookies

arissa

dah kenapa Snow White tergolek kat bawah tue Arissa

Sambil membuat pelbagai aktiviti yang cukup menarik, Abang Nara dan Arissa tidak melepaskan peluang untuk bergambar lagi dengan karekter Disney seperti Rapunzel dan Sofia The First yang turut membuat kemunculan. Seronok tengok kanak-kanak lain yang begitu excited melihat puteri Disney mereka. Beratur panjang-panjang pun tak apa asalkan dapat ambil gambar.

arisa

ada seorang putera cuba datang menyelamatkan Rapunzel

arissa

Arissa malas nak beratur lah papa. Kita amik gambar kat sini je ok kan?

Dalam sibuk mengambil gambar dan melakukan aktiviti, sudah pun 2 jam berlalu. Maksudnya majlis “Dream Big Princess Academy” dah pun sampai ke penghujung. Tapi jangan risau, pelancaran Disney Kids Club dengan kolaborasi Astro Circle ini akan memastikan lebih banyak event untuk anak-anak kita di masa hadapan. Untuk makluman, Astro Circle adalah cabang program kesetiaan Astro, memberi ganjaran kepada pelanggan Astro dengan pelbagai ganjaran menarik, acara eksklusif dan keistimewaan khas. Salah satunya Disney Kids Club ini lah.

arisa

yeahhh, ARissa dapat sijil jadi princess

Itulah seharian Abang Nara bersama Princess Arissa. Balik rumah beria-ia Arissa bercerita kepada emaknya tentang apa yang terjadi. Seronok tengok kegembiraan terpancar di wajahnya. Sekali sekala spend masa sebegini dengan anak apa salahnya kan? Kepada anda yang teringin nak menyertai Disney Kids Club, anda hanya cuma perlu jadi pelanggan Pek Astro Kids dan anda akan mendapat keahlian secara automatik. Tak payah nak daftar apa-apa. Jangan lupa layari http://www.astrocircle.com.my/disneykidsclub untuk maklumat lanjut tentang program ganjaran Astro Circle dan juga Disney Kids Club.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...