June 4th, 2020

Pelakon kacak, Norman Hakim baru-baru ini ada mengemaskini laman instagram yang memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti kecergasan di rumah bersama anak-anaknya.

Walaupun masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ianya tidak menghalang Norman untuk meneruskan aktiviti ‘workout’ walaupun dengan hanya bantuan peralatan yang terhad.

“Yup saya jenis spesis satu hati tak [email protected] memang tak boleh.Atleast dlm sehari dapat 3KM pun jadi la,”

View this post on Instagram

KASIH SLOWWW!!!??? . . Cubaan tukar rutin jogging 3KM pastu workout sana sikit sini sikit sebelah malam pulak selepas dekat sebulan PKPB.Sebelum ni rutin jogging & workout sebelah petang,sebelum Maghrib dah settle dah.So far so good?? . . Yup saya jenis spesis satu hari tak [email protected] mmg tak boleh.Atleast dlm sehari dapat 3KM pun jadi la.Jiran kiri kanan rumah lagi dasyat,pagi sebelum diorang pergi ofis jogging 5KM,balik ofis jogging lagi 5KM!Mmg tabik springlah! . . Ni sebahagian ‘norma baharu’ sampai la ni utk fitness sbb govt.sampai skrg tak keluar lagi SOP utk gym.Harap2 dpt la dipercepatkan sbb semua tokey gym dan dak2 trainer pun ramai yg cari makan dalam line ni?? . . P/S:Wifey @memeysuhaiza suh saya buat video workout pastu share.Korang rasa mcmana?Ada yg nak ke?

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Dia yang sering melakukan rutin larian dan aktiviti kecergasan pada waktu petang, telah menganggap rutin yang dilakukannya kini adalah sebahagian daripada normal baharu yang disarankan kerajaan.

View this post on Instagram

 

Sanah Helwah Happy 5th Birthday Muhammad Dikhriz Hakim a.k.a Kikim @awishzarisz …cayang papa paling2 manja dlm 6 org beradik dia?? . . Sama2 doakan Kikim terus membesar menjadi anak yang soleh & sentiasa didalam lindungan,rahmat & kasih sayang Allah s.w.t…Aamiin Ya Rabb??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Norman juga berharap akan ada garis panduan untuk pengusaha gym dikeluarkan oleh kerajaan buat masa terdekat kerana ramai yang bergantung rezeki dengan mengusahakan pusat-pusat kecergasan.

Norman Hakim yang memang terkenal sebagai seorang yang menjaga penampilan diri turut menyarankan masyarakat supaya sentiasa melakukan aktiviti riadah dan menjaga kesihatan walaupun berada dalam tempoh PKPB.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...