Written by AbangNara | April 30th, 2019

Macau atau Macao sangat terkenal di kalangan pelancong seluruh dunia untuk diterokai dan dihayati keunikannya. Terlalu banyak lokasi-lokasi menarik di Macao yang diwartakan sebagai Tapak Warisan UNESCO seperti runtuhan St Paul’s ke A-MA Temple dan banyak lagi tempat bersejarah yang dikenali sebagai “Historic Centre of Macau” dengan masing-masing mempunyai ceritanya tersendiri.

1

Bagi anda yang berminat untuk melancong ke Macau, mari kami kongsikan perjalanan selama 5 hari 4 malam di Macau. 5 hari adalah tempoh yang amat sesuai untuk anda mengenali bandar di wilayah selatan China ini dengan lebih mendalam tanpa perlu tergesa-gesa. Jom kita terokai Macau!!!

Hari Pertama:

2

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Macau mengambil masa selama 4 jam. Untuk makluman, AirAsia terbang 3 kali sehari ke Macao, jadi anda boleh pilih mana-mana penerbangan yang bersesuaian dengan jadual anda. Namun bagi kami penerbangan terbaik ialah pada jam 6 pagi kerana anda akan tiba di Macao kira-kira jam 10 pagi.
Suhu di Macau pada waktu tengah hari ialah sekitar 14 darjah celcius. Memang sangat sesuai untuk anda berjalan-jalan melihat suasana Macau. Tak adalah sampai berpeluh-peluh satu badan. Nyaman, segar dan tidak memenatkan. Tak perlu naik kenderaan pun.

Hari Kedua:

1. Runtuhan Gereja St.Paul

3

Runtuhan Gereja St. Paul adalah mercu tanda yang paling terkenal di Macau. Dibina pada tahun 1602an -1640an, gereja tersebut adalah sebahagian daripada kolej St. Paul dan merupakan universiti pertama di Timur Macau.

2. Mount Fotress

4

Setelah melawat runtuhan Gereja St. Paul anda bolehlah ke Mount Fotress untuk singgah ke Muzium Macau. Benteng Mount Fotress dibina sekitar tahun 1617 sehingga 1626. Kini ia berfungsi sebagai Muzium Macau.
Ia adalah tempat yang sangat cantik untuk anda melihat sendiri panorama runtuhan St. Paul dan keseluruhan bandar Macau dari tempat tinggi.

Jika ingin belajar lebih mendalam tentang sejarah Macau singgahlah ke Muzium Macau.

3. Gereja St. Dominic’s

St-Dominics-Macau

Gereja St. Dominic’s merupakan salah sebuah gereja yang telah diiktiraf oleh UNESCO. Nilai-nilai sejarah bangunan ini memang tidak ternilai. Anda boleh masuk ke dalamnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembinaan gereja yang telah berusia ratusan tahun ini. Pasti anda akan kagum.

4. Senado Square

6

Jika ke Senado Square lihatlah lantai unik yang beralun yang telah diturap dengan cobbles hitam dan putih, Di tengah-tengah dataran ini, terdapat air pancut yang dikelilingi oleh bangunan warisan, Holy House of Mercy, Pejabat Pos dan juga Leal Senado Building.

Selain itu, ada juga tempat membeli-belah untuk anda membawa pulang cenderahati kepada keluarga tercinta. Jangan lupa untuk mengambil gambar sebanyak yang boleh di sini kerana ia adalah lokasi ikonik sekiranya melancong ke Macau.

BONUS: Setelah penat berjalan seharian, apa kata anda singgah makan ke Lou Lan Islam Restaurant untuk mengisi perut yang lapar. Restoran ini terletak berdekatan dengan Senado Square. Ia dijamin 100% halal. Sambil makan, sambil boleh berehat sedikit.

INFORMASI: Kebanyakan tapak warisan berdekatan di antara satu sama lain. Anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke satu lokasi ke satu lokasi lain dalam masa 10 minit.

Hari Ketiga:

1. Na Tcha Temple dan Section of the Old City Walls

8

Perjalanan pada hari ketiga diteruskan ke Na Tcha Temple dan Section of the Old City Walls yang terletak berhampiran dengan runtuhan Gereja St.Paul. Section of the Old City Walls adalah tembok pertama yang dibina seawal tahun 1569 oleh Portugis untuk melindungi kota tersebut.

Na Tcha Temple dan Section of the Old City Walls juga terletak di lokasi yang sama. Anda hanya perlu berjalan kaki tidak sampai 5 minit.

9

Dari Na Tcha Temple anda perlu berjalan selama 11 minit ke The Dom Pedro V Theater melalui Largo do Senado untuk memendekkan perjalanan anda. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di lokasi-lokasi ini kerana keunikannya memang tiada di negara lain.

2. The Dom Pedro V Theater

10

The Dom Pedro V Theatre dibina oleh Portugis pada tahun 1860an untuk memperingati King Pedro V. Teater. Kini ia digunakan untuk pementasan dan juga konsert.

Ramai orang Islam sering pening kepala untuk ke Macau kerana risau tiada makanan halal dan terpaksa membawa sendiri makanan yang tahan lama ke sana. Bagi memudahkan anda, kami kongsikan 3 kedai Muslim yang berdekatan untuk anda menjamu selera dengan harga yang berpatutan.

11

The Golden Peacock terletak di The Venetian Macau

12

Taste of India berdekatan dengan Kum Lam Statue

13

Dong Lai Shun berdekatan dengan Kum Lam Statue dan terkenal dengan makanan dari Mongolia.

Selepas menikmati juadah makanan tengah hari, mari kita teruskan perjalanan ke tempat yang menyebabkan Macau begitu popular di serata dunia.

2. The Venetian Macau

Anda perlu menaiki teksi untuk ke sini kerana masa perjalanan kerana jaraknya yang agak jauh. Jangan risau pemandu-pemandu teksi di Macau kesemuanya baik-baik, mesra dan boleh bercakap bahasa Inggeris. Confirm tak sesat punya.

14

Percutian anda tidak akan lengkap jika anda tidak singgah untuk melihat sendiri kasino di Macau. Bangunan-bangunan yang ada di kawasan ini memang cukup gah, mengkagumkan dan sangat-sangat memukau. Anda perlu mengambil gambar di sini dan melihat sendiri betapa meriahnya lokasi ini. Nak masuk pun boleh tapi jangan gatal tangan nak mencuba pulak. Hehehe.

3. Taipa Village

15

Hanya beberapa minit berjalan kaki dari The Venetian Macau anda akan sampai ke Taipa Village. Ia adalah salah satu kawasan yang terpelihara di bandar ini. Taipa Village menawarkan peluang kepada anda meneroka warisan budaya Macau yang unik melalui bangunan bersejarah, muzium, galeri dan restoran. Kalau di Malaysia, ala-ala macam Petaling Street lah kawasan ini.

Hari Keempat:

1. A-Ma Temple

16

A-Ma Temple adalah sebuah kuil tertua dan bangunan paling lama yang masih kekal di Macau. Ia terletak berdekatan dengan Moorish Barracks dan Lilau Square. Kuil ini telah dibina 500 tahun sebelum bandar Macau wujud. Memang cukup bersejarah.

Dari sini anda perlu berjalan kaki melalui Calçada da Barra dan R. da Barra selama 8 minit untuk sampai ke Mandarin House.

2. Mandarin House

17

Mandarin House juga dikenali sebagai Casa da Cheang. Ia adalah kediaman dan rumah keluarga Zheng Guanying (1842-1921) iaitu seorang ahli teoretik dan reformis pada Dinasti Qing.

Mandarin House adalah kompleks kediaman keluarga terbesar yang masih berdiri utuh di Macau, dengan keluasan 4000m2.

SHOPPING SAKAN SEBELUM PULANG

Selalunya pada hari terakhir pasti anda ingin membeli-belah untuk dibawa pulang ke tanah air. Di sini terdapat beberapa tempat yang anda boleh kunjungi:

– Senado Square Area (tempat untuk mereka yang memang gemar membeli belah. Banyak pakaian berjenama dijual di sini)

– Rua De S.Paulo Area (tempat ini adalah sesuai untuk anda yang suka dengan barang-barang antik. Sekiranya anda peminat porselin, wajib singgah bershopping di sini)

dsc-1113

– New Yaohan & Macau Landmark (Nak cari produk elektrik atau kamera? Sinilah tempatnya)

Hari Kelima

Hari untuk pulang dengan penerbangan AirAsia pada jam 14:35 agar ia memudahkan urusan daftar keluar dan tidak terkejar-kejar.

Percutian 5 hari anda di Macau pasti akan menjadi satu percutian yang berbaloi-baloi, lebih-lebih lagi apabila anda terbang bersama AirAsia.

Kini AirAsia sedang mengadakan promosi tiket satu hala ke Macao SERENDAH RM169 (harga ahli BIG) dan RM174 (harga bukan ahli BIG) untuk penerbangan sehingga 31 September 2019. Tempah sekarang dan jatuh cinta dengan Macau hari ini juga. Maklumat lanjut layari www.airasia.com.



TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Sehari Tak Cukup Pergi Macao, Jom 5 Hari

  1. Anonymous says:

    kenapa promote china je…

  2. bijan says:

    headline macam bodoh. sehari tak cukup pergi macao. ada ke yang bodo nak pergi macao sehari je? jauh2 pergi sehari je memang bangang la. buat la headline bijak sikit oiiii..

  3. Tk says:

    Katanya BN ni gosip artis tetapi Makin hari makin melencong. Meleret leret Tak abis2 iklan melancong.

  4. Tk says:

    Macao ti femes tempat judi kan?

Leave a Reply to naras Cancel reply