Sehari Selepas Perkahwinan, Pasangan Pengantin Baru Ditangkap Edar Dadah Di Parkir Masjid Pada Hari Raya

Kehidupan

Sehari Selepas Perkahwinan, Pasangan Pengantin Baru Ditangkap Edar Dadah Di Parkir Masjid Pada Hari Raya

Pasangan yang baru disatukan ditangkap pihak polis pada Rabu, 25 April selepas didapati mengedar dadah di kawasan parkir sebuah masjid di Langkap, Teluk Intan.

Lebih memalukan, pasangan muda berusia 23 dan 24 tahun itu melakukan perbuatan tersebut hanya sehari selepas perkahwinan mereka.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, selepas dimaklumkan tentang kegiatan itu oleh orang awam, pasangan tersebut ditahan pada 12.30 tengah hari oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Ketika ditahan, pasangan berkenaan dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk membeli dan polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 9.268 kilogram bersama mereka.

Polis merampas sebuah beg pakaian di dalam kereta pasangan berkenaan yang mengandungi 20 bungkusan plastik berisi dadah disyaki heroin dengan anggaran berat 9.268 kg bernilai RM77,000.”

Tambahnya, jumlah rampasan tersebut dianggarkan boleh menampung keperluan 10,000 penagih dan polis percaya stok dadah tersebut untuk diedarkan di luar daerah Hilir Perak.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

ammar zoni
1 year ago

Pelakon Lelaki Ditahan Miliki Dadah Jenis Syabu Kali Kedua, Dahulu Tokan Ganja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...