“Sehari 15, 16 Orang..” – Wanita-Wanita Indonesia Buru Hafiz Hamidun, Tuntut Janji Kahwin

Hiburan

“Sehari 15, 16 Orang..” – Wanita-Wanita Indonesia Buru Hafiz Hamidun, Tuntut Janji Kahwin

Hafiz Hamidun yang merupakan seorang penyanyi dedah bahawa dirinya diburu di Indonesia gara-gara ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan wajahnya menjadi ‘scammer’.

Melalui temubual bersama Melodi TV3, Hafiz berkata sudah ramai menjadi mangsa yang tertipu dengan janji-janji manis si penipu tersebut.

Advertisement

Video-video di Instagram saya mereka ambil seolah-olah saya sedang WhatsApp dengan wanita-wanita itu minta duit, janji nak kahwin dan ada yang menuntut bila nak kahwin.

Hafiz hamidun

Kata penyanyi itu lagi, bukan seorang saja yang menjadi mangsa tetapi sudah cecah 15 ke 16 orang membuat laporan selepas mengetahui diri mereka ditipu.

Biarpun ketika ini dirinya ‘wanted’ di Indonesia, tetapi menganggap hal terjadi ini sebagai hikmah nama semakin dikenali disana serta mempunyai peminat Indonesia.

 

Bagaimanapun, Hafiz turut sempat luahkan rasa terkilan kerana gambar keluarga bersama anaknya digunakan sekali dalam aktiviti penipuan ini dan menegaskan perbuatan itu dihentikan serta-merta.

Hafiz Hamidun
3 years ago

"Bila Masa Bercinta?"- Hafiz Hamidun Sudah Putus Hubungan Dengan Kekasih Hati Negara Seberang Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Melodi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...