Hafiz Hamidun yang merupakan seorang penyanyi dedah bahawa dirinya diburu di Indonesia gara-gara ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan wajahnya menjadi ‘scammer’.
Melalui temubual bersama Melodi TV3, Hafiz berkata sudah ramai menjadi mangsa yang tertipu dengan janji-janji manis si penipu tersebut.
Video-video di Instagram saya mereka ambil seolah-olah saya sedang WhatsApp dengan wanita-wanita itu minta duit, janji nak kahwin dan ada yang menuntut bila nak kahwin.
Kata penyanyi itu lagi, bukan seorang saja yang menjadi mangsa tetapi sudah cecah 15 ke 16 orang membuat laporan selepas mengetahui diri mereka ditipu.
Biarpun ketika ini dirinya ‘wanted’ di Indonesia, tetapi menganggap hal terjadi ini sebagai hikmah nama semakin dikenali disana serta mempunyai peminat Indonesia.
Bagaimanapun, Hafiz turut sempat luahkan rasa terkilan kerana gambar keluarga bersama anaknya digunakan sekali dalam aktiviti penipuan ini dan menegaskan perbuatan itu dihentikan serta-merta.