January 20th, 2012

Semalam kami telah memaparkan entri mengenai segmen “Panggilan Hangit” yang telah diberhentikan, tetapi pihak Hot FM telah mengambil inisiatif untuk membuka undian untuk mendapatkan keputusan majoriti sama ada segmen ini mahu diteruskan. Khabarnya deejay Usop Wilcha telah membuka hashtag #kaminakhangit di Twitter untuk meninjau pendapat pendapat pendengar.
Hasilnya pihak Hot FM telah membuat keputusan untuk meneruskan program tersebut kerana ia masih mendapat permintaan peminat secara majoriti. Kami faham juga perasaan mereka yang suka pada satu program, dan ada kalanya sudah terbiasa kerana bertahun-tahun melayannya, yang paling tak best ialah semasa ‘withdrawal symptoms’ sebab teringin nak mendengar kembali program tersebut sewaktu memandu.

Kami juga difahamkan yang cerita artis veteran mengamuk menyebabkan Panggilan Hangit dihentikan adalah tidak benar, sebaliknya keputusan asal itu dibuat kerana pihak Hot FM ingin menampilkan sesuatu yang baru. Tapi tak kisahlah, kekalkan yang lama, bawa juga yang baru, ya tak?


55 responses to “Segmen “Panggilan Hangit” Diteruskan Atas Permintaan Ramai”

  1. kepayas says:

    ndk pyh la gado psal ph ka hot fm ka sinar ka……tkde faedah pun bukan dpt apa pun……… Betekak pon mereka masih dpt gaji kan…udah2 la tu…..

  2. taktik keji naikkan rating. ntah pape tah hotfm. bajet femes. aku layan sinarfm je skng. tp pelik asal salih yakob takde org calonkan dia penyampai radio popular. Halim??AG?? puiii

  3. nenek aku lg lawak dr DJ perasan best says:

    Ntah mana info la puak2 bangang ni dpt yg mengatakan segmen ni diteruskan atas permintaan ramai ! aku yg silap bace ker salah eja?stakat yg survey dlm blog nara ni pun,dah kalah teruk,blom lagi survey blog lain.
    sah2 dah desperate sgt hot fm ni.xde idea lg dah utk nk maintain.hrpkan segmen bodoh ni jer la kot chanel dia org kenal.pdhal dia xtau org kenal hot bkn psl hebatnya DJ dan segmen2 dia,tp psl sumpah seranah org dgn segmen pangilan hangit yg kononnya meletops !syokkk sendiri la kome !

  4. dexter morgan says:

    tak penah dengar PH ni. yg aku tau aku dengar red fm. sbb byk lagu best2 yg tak penah aku dengar.
    setau aku hotfm byk becakap n iklan. ape yg best tah.haha
    tak kisah pon ade ke tak

  5. lin says:

    ala dorang ni nk wat gimmik je ..saje lah tu nk meraih simpati pendengar ..dah tk popular tu buat lah cara k popular byk g cara lain nk meraih simpati…

Loading...