Semalam kami telah memaparkan entri mengenai segmen “Panggilan Hangit” yang telah diberhentikan, tetapi pihak Hot FM telah mengambil inisiatif untuk membuka undian untuk mendapatkan keputusan majoriti sama ada segmen ini mahu diteruskan. Khabarnya deejay Usop Wilcha telah membuka hashtag #kaminakhangit di Twitter untuk meninjau pendapat pendapat pendengar.
Hasilnya pihak Hot FM telah membuat keputusan untuk meneruskan program tersebut kerana ia masih mendapat permintaan peminat secara majoriti. Kami faham juga perasaan mereka yang suka pada satu program, dan ada kalanya sudah terbiasa kerana bertahun-tahun melayannya, yang paling tak best ialah semasa ‘withdrawal symptoms’ sebab teringin nak mendengar kembali program tersebut sewaktu memandu.
Kami juga difahamkan yang cerita artis veteran mengamuk menyebabkan Panggilan Hangit dihentikan adalah tidak benar, sebaliknya keputusan asal itu dibuat kerana pihak Hot FM ingin menampilkan sesuatu yang baru. Tapi tak kisahlah, kekalkan yang lama, bawa juga yang baru, ya tak?