Seperti yang kita tahu, kita sekarang ini sedang menghadapi fasa cuaca yang tidak menentu di mana kadangkala cuaca cerah dan kadangkala hujan lebat bersama ribut petir. Hujan lebat dan ribut petir ini makin kerap berlaku memandangkan kita sekarang dalam fasa peralihan monsun.
Selain itu, empat hingga enam episod hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang akan bermula pada awal November ini hingga Mac tahun depan.
Disebabkan itu, penduduk di kawasan rendah serta kawasan yang selalu dinaiki air perlu lebih waspada apabila berlakunya hujan lebat. Ia adalah bagi memastikan keselamatan diri serta keluarga dan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa banjir.
Bukan setakat banjir kilat sahaja yang kita perlu bimbangkan, malah kejadian petir yang kuat meyambar juga perlu kita waspada kerana ia juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa serta kebakaran tempat tinggal.
Perlu cepat berlindung di kawasan selamat apabila terdengar bunyi guruh selepas petir dalam 30 saat
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian menarik di laman Twitter oleh Public Health Malaysia tentang perkara yang boleh dilakukan oleh orang awam apabila berhadapan dengan kejadian kilat dan petir yang menyambar.
Sekarang ini musim hujan dengan petir pada waktu petang. Ada juga negeri yang banjir ketika ini. Penting untuk anda mengetahui tips ini.
Sekiranya anda mendengar bunyi dentuman guruh dalam tempoh 30 saat cahaya petir kelihatan, ia bermakna anda begitu..
Thread. pic.twitter.com/IHCmsDHJg0
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) October 20, 2021
Dalam perkongsian tersebut, kita dinasihatkan untuk mengira 30 saat terlebih dahulu jika kejadian petir berlaku. Sekiranya kita mendengar bunyi guruh sebelum berakhir kiraan 30 saat, maka segeralah berlindung di kawasan selamat selama 30 minit.
Ini adalah kerana, kita mungkin dalam kawasan berbahaya dan berdekatan dengan tempat petir akan menyambar. Selain itu, kita juga perlu menjauhi tingkap dan pintu jika kejadian tersebut berlaku.
Kita juga digalakkan untuk menjauhkan diri daripada memegang peralatan elektrik termasuk telefon dan tidak melakukan perkara seperti membasuh baju, mandi manda, membasuh pinggan serta membasuh tangan jika berlakunya kejadian ribut petir ini.
Pastinya ramai individu di luar sana yang masih tidak mengetahui tentang perkara yang dikongsikan tersebut dan menyifatkan kejadian ribut petir itu adalah keadaan yang normal kerana ianya biasa berlaku. Apa-apa pun, kita boleh gunakan tips yang diberi selepas ini.
Pendapat anda? Kongi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara