Segelintir Peminat Kecewa Penampilan Siti Nurhaliza Dalam Video Klip Bersama Sami Yusuf

Hiburan

Segelintir Peminat Kecewa Penampilan Siti Nurhaliza Dalam Video Klip Bersama Sami Yusuf

Awesome. Pertama kali mendengar lagu You Came To Me dendangan Sami Yusuf dan Datuk Siti Nurhaliza, Abang Nara terus terpaku. Gabungan suara yang sangat padu, lirik yang amat bermakna dan melodi yang menenangkan jiwa. Memang lagu ini sangat best!!!

sami yusuf siti nurhaliza

Advertisement

Namun daripada komen-komen yang ditulis di YouTube video klip lagu ini, ada segelintir peminat yang agak kecewa dengan penampilan Datuk Siti semasa merakamkan lagu ini. Ada yang berpendapat seiring dengan mesej dakwah, seharus Datuk Siti lebih peka dan menutup aurat sepenuhnya ketika rakaman dibuat. Video klip lagu You Came To Me di bawah untuk tatapan anda.

Pendapat Abang Nara, Datuk Siti sudah pastinya memikirkan perkara ini masak-masak dan itu adalah keputusan yang terbaik dari dirinya. Walaupun memang sangat molek sekiranya Datuk Siti bertudung lengkap ketika menyanyikan lagu ini, namun perkara yang lebih penting ialah mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu You Came To Me ini. Penampilan Datuk Siti hanyalah satu perkara kecil berbanding mesej yang boleh kita terima dengan mendengar lagu ini. Apa kata anda?

UPDATE: Terima kasih di atas feedback anda. Abang Nara tak pernah bermaksud untuk menyatakan aurat itu satu perkara yang kecil. Namun untuk kes Datuk Siti, kita semua sedia maklum yang dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk menutup aurat sepenuhnya. Jadi rasanya Datuk Siti pun mahu kita mendalami mesej yang cuba disampaikan berbanding bergaduh mengenai penampilannya di dalam video ini. Terima kasih.

ryaniez

Jangan lupa untuk menempah pakej perkahwinan daripada Ryaniez Moments Photography yang merupakan jurugambar rasmi untuk perkahwinan Fasha Sandha. Sekiranya anda menempah perkhidmatan mereka dalam bulan Jun ini, ada hadiah misteri yang menanti anda. Pastikan gambar majlis pertunangan/perkahwinan anda akan menjadi memori terindah bersama Ryaniez Moments Photography. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Ryaniez Moments Photography.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

277 Comments

  1. yatieali

    July 9, 2012 at 10:25 am

    Assalamualaikum,

    Apabila seorg anak adam mengaku dirinya beragama islam, maka WAJIB lah bgnya mematuhi segala larangan & perintah dr Allah S.W.T, termasuklah dlm etika berpakaian & menjaga aurat ni..kalu di dunia ni kita xleh nk tutup aurat kita spt yg dituntut agama, blm tentu lagi Allah akan tolong tutup aurat kita msa kita nk meninggal nnti..cntoh terdekat sy bwk msa tsunami di Acheh,,,rmai yg mati telanjang..ini peringatan bg yg xtutup aurat…sma2 la kita berubah…moga Allah bg rahmat pd kita semua…amin.

  2. churp2

    July 9, 2012 at 3:12 am

    boo abg nara~ tu la jd nye ble asek update psl artis je

  3. Jul Rahman

    July 7, 2012 at 11:59 pm

    jadi penyanyi latar jer….huhuhuu

  4. shaz

    July 7, 2012 at 10:29 am

    sebagai umat islam, tiada istilah belum bersedia utk menutup aurat, begitu juga dgn amalan2 lain yg wajib dilakukan..tutuplah aurat sekalipun ia terpaksa, sembahyanglan sekalipun ia terpaksa, berpuasalah sekalipun ia terpaksa..TQ

  5. TAK PERLU TITLE USTAZ @ USTAZAH BILE NK TEGUR

    July 6, 2012 at 12:15 pm

    JGN BG ALASAN BELUM SMPAI SERU.
    ALLAH DH SMPAIKN DLM AL-QURAN.MKSUDNYA SERU TU MMG DH LAMA DH.SO, XDER ALASAN BELUM SMPAI SERU.

Loading...