June 22nd, 2012

Awesome. Pertama kali mendengar lagu You Came To Me dendangan Sami Yusuf dan Datuk Siti Nurhaliza, Abang Nara terus terpaku. Gabungan suara yang sangat padu, lirik yang amat bermakna dan melodi yang menenangkan jiwa. Memang lagu ini sangat best!!!

sami yusuf siti nurhaliza

Namun daripada komen-komen yang ditulis di YouTube video klip lagu ini, ada segelintir peminat yang agak kecewa dengan penampilan Datuk Siti semasa merakamkan lagu ini. Ada yang berpendapat seiring dengan mesej dakwah, seharus Datuk Siti lebih peka dan menutup aurat sepenuhnya ketika rakaman dibuat. Video klip lagu You Came To Me di bawah untuk tatapan anda.

Pendapat Abang Nara, Datuk Siti sudah pastinya memikirkan perkara ini masak-masak dan itu adalah keputusan yang terbaik dari dirinya. Walaupun memang sangat molek sekiranya Datuk Siti bertudung lengkap ketika menyanyikan lagu ini, namun perkara yang lebih penting ialah mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu You Came To Me ini. Penampilan Datuk Siti hanyalah satu perkara kecil berbanding mesej yang boleh kita terima dengan mendengar lagu ini. Apa kata anda?

UPDATE: Terima kasih di atas feedback anda. Abang Nara tak pernah bermaksud untuk menyatakan aurat itu satu perkara yang kecil. Namun untuk kes Datuk Siti, kita semua sedia maklum yang dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk menutup aurat sepenuhnya. Jadi rasanya Datuk Siti pun mahu kita mendalami mesej yang cuba disampaikan berbanding bergaduh mengenai penampilannya di dalam video ini. Terima kasih.

ryaniez

Jangan lupa untuk menempah pakej perkahwinan daripada Ryaniez Moments Photography yang merupakan jurugambar rasmi untuk perkahwinan Fasha Sandha. Sekiranya anda menempah perkhidmatan mereka dalam bulan Jun ini, ada hadiah misteri yang menanti anda. Pastikan gambar majlis pertunangan/perkahwinan anda akan menjadi memori terindah bersama Ryaniez Moments Photography. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Ryaniez Moments Photography.


277 responses to “Segelintir Peminat Kecewa Penampilan Siti Nurhaliza Dalam Video Klip Bersama Sami Yusuf”

  1. Datuk Kame says:

    Berpakaianlah seperti orang yang yakin serta beriman dgn dengan datangnya kematian dan hari pembalasan.. Beramallah sptmana orang yang yakin dengan Allah dan RasulNya…kalau amal tunggang terbalik..boleh ke nak claim benar2 yakin dan benar2 beriman dgn iman yg lurus?

Loading...