Segelintir Masyarakat Ditegur Kerana Tak Yakin Guna Inhaler Apabila Diserang Semput

Trending

Segelintir Masyarakat Ditegur Kerana Tak Yakin Guna Inhaler Apabila Diserang Semput

Hampir setiap hari di dalam wad, pasti ada sahaja beberapa pesakit yang ditahan kerana mengalami kesukaran bernafas akibat serangan asma atau penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD).

Advertisement

Orang Melayu kita menterjemah kedua-duanya sebagai semput ataupun lelah dan menggunakan kedua-dua istilah untuk keduanya.

Lazimnya saya bertanya pesakit, “Encik/Puan kat rumah ada berapa jenis pam?”

Mereka kemudian biasa memberitahu saya tentang ubatan mereka. “Pam biru ni ada ni, pakai bila perlu. Yang lagi satu warna macam-macam ni saya berhenti ambil doktor. Bukan rasa baik pun pakai”.

“Oh, macam tu ke? Tak tanya sesiapa dulu sebelum berhenti?” tanya saya.

“Alah Doktor, dah tak bagus buat apa pakai?”

Sedih sekejap. Penat bayar cukai. Pam masih berat semua berkumpul dalam beg plastik yang dibawa.

“Meh kita buat ujian memandu kejap. Tunjuk saya macam mana pakai pam,” saya cuba luaskan topik sebelum cerita lanjut.

“Eh Doktor ni, saya dah pakai bertahun nak tunjuk lagi”

“Kalau pandai mesti kejap je tunjuk. Sama-sama kita tak buang masa kan?” Pujukku lagi.

Lalu diletakkan pam ke mulut. Goncangnya tidak. Nafasnya ke laut.

Tekannya serabai, ubat terlepas di sisi mulut. Belum pun surut ubat tadi di tepi mulut lalu ditekan lagi sekali. Aku pun lepas nafas panjang.

Melayang lagi duit cukai kita. MO yang meronda sama lagi panjang nafasnya.

Dalam hati dia, “banyaklah kerja aku kejap lagi ni”.

Ini bukan kes sekali dua. Ini kes hampir hari-hari. Lalu aku duduk cerita,

“Encik/Puan, pam ini ada dua jenis. Yang biru ni pelega. Yang warna lain ni pencegah. Mari saya bagi contoh. Kalau tayar kena paku kemudian pancit kita tukar tayar kan? Lega dah tayar tu.”

“Tapi tayar tu elok ke tak ke tiap-tiap bulan kita periksa tekanan tayar kan? Kalau anginnya hilang sikit kita tambah dan betulkan. Kita buat macam tu nak elakkan tayarnya rosak, kan? Bawak keretanya rasa sama je kalau hilang sikit tekanan tu kan? Tapi kalau dijaga tekanan tu baru dicegah rosaknya”.

“Oh macam tu eh, Doktor? Saya ingat Doktor lagi satu tu dok bagi ubat tak jalan”

“Sampai hati pakcik. Kesian dia buat kerja betul-betul pun kena komen”

“Lagi satu Encik/puan, agak-agak kalau pam tu tak diletak betul kat lubang tayar tu, masuk tak anginnya?”

“Mestilah tak!”

“Kejap nanti MO ni dengan farmasi tunjuk, Encik/puan belajar pakai pam betul-betul ye? Esok ujian memandu kena bagi lulus. Kalau tak lulus juga kita kena cerita pasal beli corong (aerochamber). Barulah pam tayarnya betul. Tayar tu paru-parulah”

“Baik, Doktor”

“Pam biru ni pakai bila perlu. Pam lagi satu ni elok ke tak, batuk ke tak, demam ke tak, nafas sesak ke tak kena bagi pakai”

Pesakit pun angguk. Penat agaknya kena dengar aku berleter. “Rokok?” Tanyaku lagi.

Pucat lesi muka pesakit. “Dah berhenti, doktor!” Kata pesakit. Anaknya di sebelah hampir juling mata dengar “pengakuan” tersebut.

“Bila berhenti?” Tanyaku.

“Seminggu lepas,” jawabnya.

“Pakcik, tayar tadi tu kalau dipam tapi pakunya masih kat situ kembang tak agaknya?”

“Mestilah tak. Apa benda soalan Doktor ni?”

“Paru-paru pakcik yang saya sumbat segala ubat tapi pakcik masih merokok?”

Pakcik terdiam. Aku pun senang hati, tak payah jerit-jerit marah-marah.

Kalau dia dengar, bagus. Kalau dia tak dengar, paru-paru dia yang rosak, bukan aku.

Makcik, kalau pakcik merokok lagi rotan je dia. Kata kat dia saya suruh. Kalau saya rotan nanti saya masuk Harian Metro,” ni memang ayat kegemaran saya di kerja.

Maka rondaan aku habis pukul 1 petang, pesakit di klinik tunggu berjam-jam.

MO dan HO aku berlapar siap kerja jam makan tengah hari. Nak buat kerja betul tak senang. Sabar kena tinggi.

Harap semua cuba faham dan betulkan tanggapan.

Sumber : Saiful Abd Latif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...