Segelintir Kaki Shopping Hilang Adab, Habis Terabur Barang Tak Berkenan Atas Lantai.

Trending

Segelintir Kaki Shopping Hilang Adab, Habis Terabur Barang Tak Berkenan Atas Lantai.

Aku tahu tengah ada sales gila2 sekarang. Tapi korang kalau pergi shopping tu jadi lah pembeli yang berhemah sikit. Aku pergi tadi ya Allah kesian wey.

Advertisement

Memang dah nama pon keje dia tp pikir la jugak. Staff tu pon manusia, puasa lagi. Sama je mcm kita. Bukan binatang kau nak panggil woi woi tolong amik baju.

Tak cukup tangan budak tu nak layan org ni org tu.

Semua tak reti sabar. Kalau dah nampak mcm tu punya ramai manusia, please consider. Self service atau pon sabar kejap. Staff mesti tolong. Nak bayar tolong beratur.

Reminder utk mak ayah yang nak shoping barang2 anak. Fitting room ade pergi la try. Ni kau try kt floor dah satu hal, lepas tu bila taknak, kau tinggal je kt atas lantai macam tu je.

Macam kat rumah kau buat. Kau dah jadi mak bapak kot. Takkan lah takbole pikir adab.

Bila staff kerek ke takde mood ke kau marah pulak staff tu. Padahal org tu da penat kemas kasi elok nak kasi senang semua org shopping.

Tapi kau orang shopping mcm takde akal. Sabar.

Tak sempat harini, esuk datang lagi. Rasa malas nak beratur sbb ramai sangat kt fitting room? Beli dulu. Balik rumah try. Tak ngam bole tukar. Tolong educate diri sebelom pergi shopping.

Kau tahu pukul 10 mall tutup, jangan lah dtg pukul 10. Staff pon ade rumah nak balik makan, mandi, rehat. Tak kisah la mana2 pon. Tolong jaga adab.

Sumber : Farah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...