January 26th, 2011

Setiap hari benda yang sama jugak kita sebagai manusia buat. Bangun pagi, gosok gigi dan siap-siap pergi kerja. Lepas tue sangkut kat traffic jem. Otak penat, badan pun penat. Time kerja stress sebab kerja banyak. Kena marah dengan boss pulak tue. Balik kerja pun kena tempuh traffic jem. Akibatnya, otak dan badan kita jadi tertekan.

Jadi apa yang perlu kita buat? Hujung minggu lah masa nak rileks dan masa nak charge balik energy-energy yang dah hilang sepanjang minggu. Daripada kita semua tidur 24 jam, Abang Nara nak cadangkan kita semua pergi spa untuk mengembalikan tenaga yang sudah hilang itu.
tajrii spa

Masa Abang Nara belajar kat Korea dulu, orang Korea memang suka pergi spa. Dalam seminggu 2, 3 kali jugak kawan-kawan Korean Abang Nara pergi spa. Bila Abang Nara tanya kenapa, ini jawapan diorang:-

[note]Masa kat spa nie aku dapat rilekskan body aku. Berendam dalam air, dapat bau lilin-lilin segar. Minda pun jadi tenang. Bila minda tenang, badan pun rasa bertenaga nak stay up study sampai malam. [/note]

Dan seperti gambar di atas, Abang Nara nak cadang Tajrii Spa untuk anda semua. Tajrii Spa ada complete set  untuk kesegaran badan dan minda yang berkekalan. Ada spa, ada tempat berendam, ada massage dan macam-macam lagilah. Memang terbaiklah senang cakap. Harga pun berpatutan.

tajrii spa

Nampak tak lilin-lilin dan bunga-bunga kat bath tub tue? Bayangkan aroma lilin dan bau bunga yang menyegarkan dapat dihidu sambil kita berendam di Tajrii Spa nie. Confirm otak kita yang dah bercelaru dengan kerja akan kembali segar selepas tue. Dan yang paling penting, air dalam bath tub tue bukan air biasa. Tajrii Spa kata ini ialah “mandian aura”.

tajrii spa

Mandian aura ni tak lain tak bukan bertujuan untuk menghilangkan aura negative dalam badan kita. Ala, macam cerita Alam Perkasa dulu. Body kita nie ada Yin dan ada Yan. Bila dah banyak sangat aura negative, itu yang jadi badan dan otak lembap semacam. Dengan “mandian aura” yang menggunakan garam kasar dari Bukit Himalaya dan 11 pati bunga, ion negative dalam badan kita akan dapat dikeluarkan. Bukan itu je, garam gred A ini akan bekalkan vitamin ke dalam badan kita. Banyak lagilah efek-efek positif dia tapi kalau nak cerita kat sini 15 muka surat pun tak habis kot.

tajrii spa

Untuk mereka yang nak melangsungkan perkahwinan, selain daripada facial treatment yang disediakan kat Tajrii Spa, mandian aura yang Abang Nara cerita tadi pun boleh menaikkan seri wajah pengantin. Jangan risau diorang tak pakai ayat-ayat khurafat semua. Semua yang digunakan adalah doa-doa. Pihak Tajrii Spa akan ajar semuanya. Sebab masa kita mandi dengan “mandian aura” nie, kita bukan mandi bodoh macam tue je. Ada teknik-teknik yang perlu digunakan.

tajrii spa

Dan jangan risau sebab Tajrii Spa sangat bermurah hati untuk bagi diskaun terhebat untuk pembaca BeautifulNara. Korang Cuma perlu pergi ke Facebook Tajrii Spa nie dan letakkan email korang. Nanti voucher diskaun akan dihantar terus ke email anda. Print menatang voucher tue dan bawak pergi ke Tajrii Spa. Diskaun akan diberikan sebab anda pembaca BeautifulNara.

tajrii spa

Yang penting ialah keselesaan dan faedah yang anda dapat apabila berkunjung ke Tajrii Spa nie memang banyak sangat. Kalau selama nie masa hujung minggu anda selalu dihabiskan dengan tidur sampai pukul 3-4 petang, apa kata hujung minggu nie kita ubah sikit cara anda menghabiskannya? Kita pergi ke Tajrii Spa beramai-ramai untuk menyegarkan badan dan minda kita. Amcam? Ada berani?


Comments are closed.

Loading...