“Doakan Saya..” – Segan Nak Mengaku, Diana Amir Kini Berniqab Sepenuhnya

Hiburan

“Doakan Saya..” – Segan Nak Mengaku, Diana Amir Kini Berniqab Sepenuhnya

Pelakon dan juga personaliti TV, Diana Amir mengakui bahawa dirinya sudah berniqab dan berharap agar terus kekal istiqamah dengan penampilan terbarunya itu.

Ujar Diana, dia pada awalnya agak segan untuk mengaku dan berkongsi mengenai perkara tersebut namun berharap agar orang ramai mendoakannya untuk terus kekal dan memahami dengan lebih mendalam mengenai agama Islam.

Advertisement

Berita penghijrahannya itu turut dikongsi Diana menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Sebenarnya saya segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada orang tanya saya hanya minta mereka doakan saya. Jadi mohon sahabat-sahabat yang berhati mulia doakanlah saya..

Katanya, dia memilih untuk memakai niqab kerana ingin mencari keberkatan dan keredaan Allah S.W.T. serta menganggap ianya sebagai satu fasa dalam kehidupannya.

Jelas Diana, dia berharap segala tindakannya selepas ini akan dipermudahkan Allah S.W.T dan akan terus mencari hikmah di sebalik ujian dan dugaan dalam hidupnya.

Sekadar info, Diana Amir mula berhijrah memakai tudung pada sekitar tahun 2011. Dia kemudiannya mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dengan suami, Mohd Habibbullah A Rahman dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang kini berusia empat hingga tujuh tahun.

Diana Amir
1 year lalu

Diana Amir Akui Dunia Lakonan Bukan Lagi Keutamaannya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...