Pelakon drama Budak Tebing, Bella Dowanna mengakui dirinya berasa malu dan segan untuk berkongsi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada umum.
Ujar Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, dia tetap bersyukur kerana lulus dalam semua lapan mata pelajaran yang didudukinya.
View this post on Instagram
Menzahirkan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam jurusan perniagaan, Bella walau bagaimanapun berkata ianya bukanlah dalam masa terdekat.
“Alhamdulillah..keputusan SPM saya okay. Saya ada dapat A dan paling penting tak ada pun yang gagal. Kalau boleh memang saya tak nak kongsi keputusan itu…”
Bella tampil berkongsikan mengenai perkara itu ketika sebuah sidang media drama siri Budak Tebing 2 yang diadakan secara maya.
View this post on Instagram
Katanya lagi, dia mengalami sedikit kesukaran untuk mengulangkaji pelajaran kerana dalam masa yang saya perlu melibatkan diri dalam penggambaran drama tersebut.
“Kadang-kadang tak ada masa nak study..nak pergi sekolah pun tak dapat sebab shooting pun awal pagi..” ujarnya mengakhiri bicara.