“Segalanya Bermula Dengan SPM Yang Cemerlang” – Doktor Wanita Ini Peroleh Gaji 70K Sebulan Setelah 15 Tahun Bekerja Di Sektor Kerajaan

Kehidupan

“Segalanya Bermula Dengan SPM Yang Cemerlang” – Doktor Wanita Ini Peroleh Gaji 70K Sebulan Setelah 15 Tahun Bekerja Di Sektor Kerajaan

Satu video menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita yang bekerja sebagai pakar perunding pediatrik memaklumkan dia menerima gaji bulanan sekitar RM70,000.

Wanita bergelar doktor konsultan berkongsi tahap gaji diperolehi di sektor swasta

Difahamkan, doktor wanita itu telah berhijrah dari sektor awam ke sektor swasta setelah berkhidmat selama 15 tahun sehingga memperoleh gaji bulanan sebanyak itu.

Advertisement

Menurut doktor wanita itu lagi, jika dahulu di sektor awam, dia memperoleh gaji bulanan sekitar RM16,000 sehingga RM20,000.

Saya memperoleh kira-kira RM60,000 hingga RM70,000 sebulan. Apabila anda menjadi perunding dalam kerajaan, mungkin anda akan mendapat kira-kira RM16,000 hingga RM20,000.

Memulakan kerjaya dengan hanya gaji permulaan sebanyak RM2,500 sebulan, wanita berkenaan berusaha selama 15 tahun  dengan kadar elaun sebanyak RM4,000 sebulan.

Pengorbanan yang cukup besar

Namun, untuk memperoleh gaji sebanyak itu memerlukan pengorbanan yang cukup besar.

wanita bergelar doktor peroleh gaji RM70k sebulan

wanita bergelar doktor peroleh gaji RM70k sebulan

Ketika saya dalam latihan, saya mempunyai anak, jadi saya tidak menghabiskan banyak masa dengan anak saya. Itu yang saya hadap setiap hari, terutamanya semasa ‘on call’ apabila kita perlu berada di hospital selama 35 hingga 40 jam tanpa tidur.

Beliau juga sempat memberi nasihat kepada mereka di luar sana yang terinspirasi dengan pekerjaanya itu agar sentiasa bertahan dalam latihan kerana setiap pekerjaan mempunyai tekanan yang tersendiri.

Segalanya bermula dengan keputusan SPM yang cemerlang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan kebolehan dan ada juga yang tidak percaya bahawa wujud gaji sebanyak itu untuk sesuatu profesion di Malaysia.

Netizen juga berpendapat bahawa permulaan segala kerjaya yang baik adalah daripada SPM yang cemerlang sekaligus menunjukkan bahawa peperiksaan penting itu bukanlah sekadar ‘kertas kosong’ semata-mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pengusaha restoran respon reviu jason
5 months ago

"Kedai Saya Hari-Hari Cina Datang Makan, Apa Cerita?" - Peniaga Tak Puas Hati 'Influencer' Bagi Reviu Makanan Tak Sedap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...