Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang Apple iOS 13 Yang Mula Dirasmikan Hari Ini

Teknologi

Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang Apple iOS 13 Yang Mula Dirasmikan Hari Ini

Untuk pengguna iPhone, pastinya ramai yang sudah mula upgrade kepada iOS 13 melainkan anda beli iPhone 11 yang dah tentu sudah siap dimuat turun. Pelbagai ciri-ciri baru yang diperkenalkan di dalam iOS 13 kali ini dan yang paling mendapat sambutan tentunya ciri ‘dark mode‘ ini.

Dark mode

Bukan sahaja dapat membantu menjimatkan jangka hayat bateri tapi juga ianya dapat digunakan untuk hampir kesemua aplikasi. Selain tiada lagi masalah silau pada waktu malam, pengguna dapat menjadualkan sendiri pada waktu bila anda mahukan dark mode ini beroperasi.

Advertisement

dark mode ios 13

Compatibility

iOS 13 sesuai digunakan untuk hampir kesemua model iPhone bermula dari iPhone 6s atau SE hingga model terbaru. Maksudnya pengguna iPhone 6 dan iPhone 5s tidak termasuk dalam kategori untuk upgrade ke iOS 13.

Editing foto dan video

Kali ini bukan sahaja editing tools untuk gambar diperhebatkan tetapi anda juga boleh gunakan untuk video juga. Anda boleh ubah brightness, exposure, highlights, shadow dan contrast untuk video.

Lokasi peta lebih terperinci

lokasi peta dalam telefon
Melalui data peta yang lebih komprehensif dan mod baru yang pada dasarnya hanya seperti Google Street View. Aplikasi peta yang baru ini boleh digunakan di beberapa bandar dan negara yang terpilih sahaja.

Memoji

memoji stickers
Untuk kali ini pengguna dapat menggunakan Memoji stickers pada keyboard. Pengguna juga boleh masukkan wajah kartun anda sendiri yang sememangnya menjadi kesukaan para pengguna.

QuickPath keyboard

keyboard ios 13
Kini anda boleh swipe sahaja pada keyboard dan takkan ada garisan yang akan ikut pergerakan jari anda. Walaupun dengar macam rumit tapi anda pasti akan sukakannya.

Find My

Apple menggabungkan Find My Friends dan Find My iPhone. Gabungan ini membolehkan anda mencari rakan anda dan peranti yang hilang dengan lebih cepat dan mudah digunakan.

Apa yang paling menarik adalah ia akan menggunakan isyarat Bluetooth yang encrypted untuk membantu anda menjejaki peranti yang tidak bersambung kepada Wi-Fi.

Face ID

Anda boleh unlock telefon menggunakan wajah dengan lebih mudah dari sebelum ini. Contohnya jika telefon di atas meja anda tak perlu mengangkat telefon bimbit untuk membuka iPhone.

Reminder

Dengan fungsi baru pada pilihan penapisan untuk menyusun tugas anda bersama dengan rupa visual yang baru. Anda boleh menaip dan aplikasi Reminder akan secara automatik mencadangkan apabila anda ingin diingatkan.

Sumber: Techradar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...