“Segala Bulan Islam Diratibnya” – Peminat Luah Kekecewaan, Respon Datuk Siti Jadi Tumpuan

Hiburan

“Segala Bulan Islam Diratibnya” – Peminat Luah Kekecewaan, Respon Datuk Siti Jadi Tumpuan

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat wargamaya, namun kali ini bukan kerana sebarang kontroversi besar. Seperti kebiasaan, setiap kali Siti mengumumkan konsert, perhatian orang ramai seolah-olah tertumpu sepenuhnya sehingga perkara kecil turut menjadi topik perbincangan.

Situasi itu mencetuskan reaksi seorang peminat yang meluahkan rasa penat melihat apa yang disifatkan sebagai layanan berbeza terhadap Siti berbanding artis lain. Luahan tersebut dikongsikan menerusi aplikasi Threads dengan nada yang lebih kepada keletihan, bukan kemarahan.

Advertisement

Siti Nurhaliza

“Ye lau Siti wat concert je, segala bulan Islam diratibnya. Lau orang lain kemain membisu masing2, tegur pun pilih2,” tulis peminat itu.

Menurut peminat berkenaan, setiap kali Siti mengadakan konsert, pasti akan timbul pelbagai teguran berkaitan sensitiviti bulan Islam, termasuk komen daripada individu tertentu. Namun, apabila artis lain mengadakan konsert dalam tempoh sama, situasi seolah-olah sunyi tanpa sebarang teguran.

Apa yang benar-benar mencuri perhatian ramai bagaimanapun adalah reaksi balas Siti sendiri terhadap luahan tersebut. Tanpa sebarang nada defensif, sindiran atau emosi, Siti membalas dengan kata-kata ringkas yang cukup sinonim dengan keperibadiannya.

“Saya redho.”

Jawapan ringkas itu nyata mendapat pujian ramai, dengan wargamaya menyifatkan Siti sebagai seorang figura yang kekal tenang, berlapang dada dan ‘classy’ walau berdepan pelbagai pandangan.

“Siti 2026 ni lain macam, makin chill,” kata seorang peminat.
“Sebab tu orang hormat dia,” tambah yang lain.

Reaksi tersebut sekali lagi mengukuhkan imej Siti Nurhaliza sebagai seorang ikon seni yang bukan sahaja disegani kerana bakat, tetapi juga kerana sikap dan kematangan dalam menangani setiap situasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adik dai syed
2026-01-26 11:20:15

Adik Da'i Syed Buat Permohonan Maaf - "Saya Emosi, Tak Pernah Pertahankan Perbuatan Tidak Bermoral..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...