Segak Berbaju Melayu, Viviana ‘Lelaki Berloceng’ Kembali Pada Fitrah Pada Hari Raya

Hiburan

Segak Berbaju Melayu, Viviana ‘Lelaki Berloceng’ Kembali Pada Fitrah Pada Hari Raya

Pastinya ramai yang mengenali selebriti media sosial yang juga hos program hiburan yang dikenali sebagai Viviana Abdullah di Instagram.

Sering menghiburkan pengikut dan peminat dengan gelagat serta nasihat berguna buat mereka di luar sana, nampaknya Viviana yang lebih mesra disapa sebagai Kak V ini tampil segak dan macho apabila kembali kepada fitrah berpakaian lelaki.

Advertisement
Viviana Sumber : Twitter  

Dia yang sebelum ini sering mengenakan pakaian perempuan apabila berada dalam waktu bekerja sebagai hos acara, tampil mencuri perhatian netizen di media sosial.

Dalam hantaran yang dibuat Viviana, dia menjelaskan bahawa foto-foto itu sebenarnya adalah hasil permintaan warganet yang mahu melihat dirinya berpakaian baju melayu di pagi Syawal.

View this post on Instagram

A post shared by Viviana (@vivianaabdullah)

Viviana juga sempat berseloroh dengan mengatakan foto tersebut adalah ‘hadiah’ buat peminat sebelum dia kembali menjadi pondan semula.

Meskipun begitu, dia kemudiannya bertindak untuk memadam foto tersebut daripada laman Instagramnya namun netizen terutama pengikut Viviana tampil memuji penampilannya yang segak dan tampan apabila menjadi lelaki.

“Jadi lelaki handsome. Jadi wanita berloceng, cantik..” tulis seorang pengguna media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Viviana (@vivianaabdullah)

Meninjau ruangan komen, ramai yang tampil memberikan kata-kata positif buat Viviana dan berharap agar selebriti media sosial itu terbuka hati untuk menjadi lelaki semula.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...