Seorang Individu Nyahaktif Akaun Twitter Selepas Sindirannya Ditempelak Amalina Bakri

Trending

Seorang Individu Nyahaktif Akaun Twitter Selepas Sindirannya Ditempelak Amalina Bakri

Seorang pengguna Twitter terpaksa menyahaktifkan akaun miliknya selepas membuat satu teguran sinis kepada seorang lagi pengguna Twitter, Amalina Bakri.

Advertisement

Amalina, atau Nur Amalina Che Bakri, merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 dan kini berkhidmat sebagai pakar bedah di London.

Awalnya pengguna Twitter berkenaan yang dipercayai seorang lelaki membuat teguran berbaur sinis terhadap penampilan Amalina yang berbeza berbanding ketika dia menetap di Malaysia dahulu.

“Rugi belajar jauh-jauh tapi jadi macam ni,” tulis lelaki tersebut.

Namun sebagai wanita berpendidikan, Amalina ternyata mempunyai jawapan yang jauh lebih ‘pedas’ dan menusuk kalbu.

“Rugi ke? Saya melakukan dua pembedahan hari ini, seorang hampir mati dan seorang lagi hampir kehilangan kaki.

“Apa yang anda lakukan hari ini? Tonton video lucah?” tanya Amalina sinis.

Gara-gara jawapan itu, lelaki itu kemudiannya menyahaktifkan akaunnya.

Rata-rata netizen menyokong jawapan Amalina itu dan menyifatkan teguran lelaki berkenaan sebagai tidak kena tempat. Kata mereka, menegur ada caranya, apatah lagi jika orang yang ingin ditegur itu bukan calang-calang.

“Menegur, menghina dan menyindir, adalah tiga perkara yang berbeza,” tulis seorang pengguna Twitter, @dhiya_ma.

Sumber : astro awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...