“Seeloknya Bermaaf-Maafan, Masing-Masing Dah Tua” – Achey Bersuara Isu ‘Perbalahan’ Sepah Di Media Sosial

Hiburan

“Seeloknya Bermaaf-Maafan, Masing-Masing Dah Tua” – Achey Bersuara Isu ‘Perbalahan’ Sepah Di Media Sosial

Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu, isu berkaitan pelawak, Shuib, Mamat dan Jep Sepahtu hangat di platform media sosial, memandangkan masing-masing memuat naik hantaran seakan-akan memerli satu sama lain.

Tak memihak pada siapa-siapa

Isu ini telah mendapat perhatian ramai, tidak terkecuali pelawak terkenal Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah.

Advertisement

Achey berkata, dia tidak memihak kepada sesiapa dalam hal ini dan hanya mahu melihat pelawak-pelawak seniornya itu dapat berbaik semula.

Menerusi laporan mStar, Achey juga ada memberi pesanan supaya masalah itu dapat diselesaikan secara tertutup dan tidak perlu diluahkan di media sosial.

Bermaaf-maafan, dah tua

Tambahnya lagi, kesemua daripada mereka sudah mempunyai banyak pengalaman dalam bidang seni jadi dia berharap mereka dapat saling bermaafan.

Mereka pun dah besar seeloknya jika ada masalah bermaaf-maafanlah, masing-masing dah tua, jadi profesional, telefon dan selesaikan dengan baik.

Achey juga berkongsi cerita bahawa dia dan ahli Bocey juga pernah bergaduh, tetapi mereka menyelesaikannya dengan cara baik tanpa memberitahu kepada media sosial atau pihak luar.

Shuib, mamat, jep gaduh
3 months ago

“Kau Relax, Benda Ni Simple Je” - Sedar Nama Kini ‘Panas’, Ini Respon Shuib & Mamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...