Sebelum ini kita jarang mendengar tentang kenyataan mengenai jangkitan coronavirus antara manusia dan binatang. Tetapi baru-baru ini media antarabangsa melaporkan bahawa terdapat seekor kucing peliharaan di Belgium dilaporkan telah dijangkiti virus itu.
Kucing itu dipercayai dijangkiti melalui tuannya yang juga seorang pesakit COVID-19
Difahamkan sebelum ini, terdapat dua kes di Hong Kong mengenai dua ekor anjing peliharaan yang didakwa positif COVID-19 dan dipercayai telah dijangkiti virus itu dari pemiliknya.
Kali ini, seorang wanita yang tidak dikenali tinggal di bandar Liege telah membuat laporan mengenai haiwan peliharaannya yang dikatakan telah dijangkiti virus tersebut memandangkan dia juga merupakan pesakit yang telah dijangkiti.
Kucing tersebut tinggal bersama pemiliknya, yang mula menunjukkan simptom virus seminggu sebelum kucing peliharaannya pula menunjukkan simptom tersebut.
Ini adalah kes yang terpencil, tetapi tiada petunjuk yang mengatakan bahawa ini adalah perkara biasa
Jangkitan itu dilapor berpunca daripada kontak rapat antara kucing dengan wanita itu. Menurut Dr Emmanuel Andre, haiwan dipercayai tidak boleh menyebarkan virus itu kepada manusia. Turut difahamkan, jangkitan dari manusia kepada haiwan adalah jarang berlaku.
Walau bagaimanapun, masyarakat yang tinggal di sana mempercayai tentang perkara tersebut. Rata-rata dari mereka yang mempunyai haiwan peliharaan yang menunjukkan simptom terus menghubungi doktor haiwan mereka.
Individu yang telah dijangkiti juga telah diminta untuk membina batas mereka antara haiwan kesayangan dan mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh mereka.
Kucing tersebut turut menunjukkan simptom yang sama seperti pesakit COVID-19
Kucing itu mengalami cirit birit, kerap muntah dan sukar bernafas. Penyelidik menemui virus di dalam najisnya.
Tetapi sehingga kini tiada maklumat lanjut mengenai haiwan tersebut dan pemiliknya.