Seekor Angsa Betina Mati Kerana ‘Patah Hati’ Gara-Gara Sarangnya Dimusnahkan

Kehidupan

Seekor Angsa Betina Mati Kerana ‘Patah Hati’ Gara-Gara Sarangnya Dimusnahkan

Aktivis haiwan mengatakan seekor angsa betina telah ‘mati kerana patah hati’ setelah telurnya yang belum menetas dibunuh kerana ada pihak yang memusnahkan sarang mereka. Sarang angsa yang terletak di sepanjang tasik Manchester di Bolton, di mana angsa tersebut menyimpan telurnya yang belum menetas.

The Manchester Evening News melaporkan sekumpulan remaja lelaki dilihat melemparkan batu bata di Kearsley pada 20 Mei, bertujuan menujukan kepada pulau tempat angsa itu meninggalkan telurnya.

Advertisement

Selepas kejadian itu, hanya tiga daripada enam telur angsa itu yang terselamat. Aktivis hidupan liar yang memerhatikan angsa dan sarangnya itu mengatakan pasangan angsa betina itu hilang sekitar dua minggu yang lalu dan tidak kembali sejak itu. Angsa jantan itu dipercayai dihalau oleh tekanan.

angsa betina

Mereka juga mengatakan lebih banyak telur hilang dalam beberapa minggu kebelakangan ini, yang bermaksud hanya satu telur yang terselamat. Aktivis hidupan liar Sam Woodrow memberitahu keadaan menyedihkan ini telah menyebabkan kematian kepada angsa betina itu.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan. Dia mungkin telah mati kerana patah hati, dia kehilangan pasangannya dan sarang yang musnah.”

angsa betina

Seorang pengguna Facebook sebelum ini memberitahu tiga daripada enam telur angsa itu dihancurkan oleh remaja di situ. Angsa itu juga diganggu oleh anjing yang melompat masuk dan turut diganggu oleh ayam dan itik yang berada di situ.

“Pasangannya juga meninggalkannya seorang diri dan sayangnya saya diberitahu pagi ini bahawa dia didapati tersungkur di sarangnya yang telah musnah. Rasanya seperti menangis kerana saya telah mengikuti perkembangannya selama kira-kira 12 minggu.”

Sebelum ini juga beberapa kejadian yang sama dilaporkan apabila berlakunya kekejaman kepada angsa yang berada di situ. Awal bulan ini, polis menyiasat kes penderaan dimana seorang pemuda didakwa menendang seekor cygnet (bayi angsa) yang baru menetas di Richmond Park di barat daya London pada 8 Jun.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...