“Seedo Elak Bermain Dengan Cucu, Emosi Terganggu” – Ramona Zam Zam Kongsi Keadaan Mentua Berkenaan Isu Di Palestin

Hiburan

“Seedo Elak Bermain Dengan Cucu, Emosi Terganggu” – Ramona Zam Zam Kongsi Keadaan Mentua Berkenaan Isu Di Palestin

Situasi meruncing di negara Palestin pada ketika ini turut menganggu perasaan dan emosi mentua pelakon Ramona Zam Zam yang merupakan orang asal dari negara itu.

Kongsi Ramona, mentuanya mengasingkan diri di dalam bilik kerana mengenangkan nasib saudara-mara yang masih berada di negara bergolak itu.

Advertisement

Ia semakin menjadi-jadi sejak rejim Zionis tidak berhenti membuat serangan balas ke atas Gaza sekitar dua minggu lalu.

Anak perempuan saya datang kepada saya sebentar tadi dan beritahu yang dia nak luang lebih banya masa dengan seedo (panggilan atuk dalam bahasa arab.) Dia pergi dan beberapa minit kemudian dia dan datang semula dan maklumkan datuknya enggan luangkan masa kerana mengantuk.

Saya kata biarlah Seedo tidur. Dia mungkin penat. Namun anak saya pelik sebab seedo sentiasa penat dan nak tidur.

Rupa-rupanya bapa mentua saya memang mengelak untuk bermain dengan Ivanna, dia mengaku terpaksa berbohong.

Jelas Ramona, mentuanya itu sebenarnya sedang menonton berita mengenai konflik di Palestin dan dia tak mahu cucunya melihat video pembunuhan yang mengerikan dan boleh menganggu fikiran.

Sekadar info, suami Ramona, Rami Alashkar berasal dari Palestin dan telah hidup berpindah randah sebelum ini seperti Greece, Qatar, Libya, Yemen, China, sebelum melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Rami kemudian bertemu jodoh dengan Ramona pada Mei 2015 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivanna Alashkar yang kini berusia 6 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Icha eiza shila amzah
1 year ago

Identiti Kanak-Kanak Perempuan Didakwa Anak Kekasih Adik, Shila Amzah Beri Penjelasan - " Budak Tu Sebenarnya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...