Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mendedahkan menerima mesej provokasi daripada rejim Israel sebelum komunikasi dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) terputus malam tadi.
Antara mesej yang dipintas melalui sistem radio kapal berbunyi: “See you in jail” dipercayai dihantar tentera Israel kepada aktivis flotila.
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana, sempat memuat naik kemas kini melalui IG Story mengenai situasi getir yang berlaku di atas Kapal Mikeno.
Menurut Ardell, tentera Israel bertindak menyekat talian Internet dan menghalang capaian komunikasi ketika kapal itu berada di Zon Merah R3 sejak jam 9 malam waktu Gaza.
Saya sedang cuba sorok telefon bimbit saya. Tentera Israel sedang sekat semua line Internet kami… dan kami sedang cuba plug in off. Saya tunggu masa untuk live semula. Doakan kami dan rakan-rakan kami.
Misi flotila yang disertai aktivis antarabangsa termasuk dari Malaysia itu membawa bantuan perubatan dan makanan untuk rakyat Gaza, namun kini berdepan risiko ditahan tentera Israel selepas beberapa kapal dilaporkan dipintas awal pagi tadi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.