Sedut Cuka Epal, Pengacara Hafizul Akmal Ikut Saranan Netizen Kembalikan Deria Bau

Hiburan

Sedut Cuka Epal, Pengacara Hafizul Akmal Ikut Saranan Netizen Kembalikan Deria Bau

Pengacara dan personaliti TV terkenal, Hafizul Kamal khabarnya sedang mengamalkan petua menyedut bau cuka epal bagi mengembalikan deria baunya yang hilang setelah dijangkiti COVID-19, baru-baru ini.

9 bulan lalu

"Pernah Fikir Dalam Otak Tak..? " Netizen Suruh Bayar Lesen MBSJ, Mila Jirin Tampil Beri Penjelasan

Advertisement

Ujar Hafizul, petua menyedut cuka epal itu adalah hasil perkongsian yang diterima daripada pengikut media sosialnya.

Tambahnya lagi, petua tersebut sedikit sebanyak membantu dia untuk mengembalikan deria bau seperti sedia kala.

Advertisement

Ada ni tengah sedut bau Apple Cider (cuka epal). Terima kasih yang kongsi cara nak dapatkan deria bau balik. Macam-macam cara ada tapi ni yang ada kat rumah dan sedikit membantu untuk saya.

Perkara tersebut dikongsikan Hafizul menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.

Dia juga memaklumkan bahawa hampir lebih kurang 10 hingga 15 peratus deria baunya kembali meskipun ia hilang tidak lama kemudian.

Terdahulu, Hafizul Kamal memaklumkan bahawa dia dan anak sulungnya, Raisya Amanda telah disahkan positif COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    October 6, 2021 at 4:59 pm

    parahh rindu bau kentot bini. ke rindu bau kentot sendiri hahahaha

Loading...