Lama tidak mempunyai cerita tentang dirinya, personaliti media sosial transgender asal dari Indonesia iaitu Lucinta Luna, baru-baru ini, ada meluahkan bahawa dia menyimpan hasrat mahu mengerjakan umrah di Mekah dalam masa terdekat.
Bersumpah akan tunai umrah sebagai seorang lelaki
Bagaimanapun kata Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fattah, dia berjanji akan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci sebagai seorang lelaki kerana tidak mahu mempersendakan agama.
View this post on Instagram
Bahkan, personaliti media sosial itu sanggup bersumpah jika diberi rezeki untuk jejak ke sana, dia akan tampil sebagai seorang lelaki.
Tak akan persendakan agama
Sedosa-dosa aku, aku tidak akan bermain atau persenda agama. Aku tidak akan menunaikan umrah sebagai seorang wanita.
Difahamkan Lucinta berkongsikan hal tersebut ketika muncul di dalam podcast Deddy Corbuzier pada Selasa lalu.
Susulan itu, ramai yang meluahkan rasa kagum dan syukur dengan pendirian Lucinta yang masih menghormati agama Islam biarpun dirinya merupakan seorang transgender.