Sedondon Sopan Berbusana Putih, Che Puan Jeslina Hashim Bergelar Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

Hiburan

Sedondon Sopan Berbusana Putih, Che Puan Jeslina Hashim Bergelar Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

Penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim telah selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dalam sebuah majlis tertutup.

Berita gembira itu turut diuar-uarkan penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu bersama suaminya di media sosial.

Advertisement

Difahamkan kedua-duanya telah menjalin hubungan cinta selama 8 tahun sebelum mengikat kasih sebagai suami isteri.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, peminat dan juga rakan selebriti dilihat meninggalkan komen ucapan tahniah dan mendoakan pasangan itu bahagia sehingga ke syurga.

Jeslina dan Eddy kelihatan cantik dan sedondon mengenakan busana berwarna putih suci.

Sekadar info, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga bersama Dion Andrew Vercoe pada 2005 namun bercerai pada tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup, Jeslina dan Dion mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Micah,15, dan Keira,13.

Tunku Eddy merupakan adik kepada suami pelakon Sarimah Ibrahim, cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Yang di-Pertuang Agong ke-10, Tuanku Ja’afar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

RUhainies didakwa cuba sondol bf pelakon Thailand
4 months ago

Ruhainies Didakwa Cuba 'Sondol' Kekasih Artis Kelahiran Thailand? - "Saya Tahu Siapa Yang Buat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...